Saturday, 8 January 2011

RIZALMAN HARUS BELAJAR SEJARAH



Oleh: IBN ABDULLAH

MABUK kuasa, gila kuasa dan rampas kuasa memang sudah menjadi budaya turun temurun dan 'trademark' UMNO/BN. Seantero dunia sudah mahfum perangai buruk UMNO/BN ini. Rizalman jangan cuba menafikan fakta sejarah bagaimana UMNO/BN merangka agenda di luar batas perlembagaan (beyond constitutional framework) merampas kuasa di Perak setelah kalah secara demokrasi dalam pilihanraya 2008.

Habis seluruh peraturan dan undang-undang ditunggang-langgangkan demi untuk merampas semula kekuasaan yang UMNO/BN tidak pernah fikir akan kehilangan. Itulah UMNO/BN, suka cakap besar, takbur, temberang dan pembohong!

Sebelum PRU 2008, mereka kata akan jadikan Selangor 'zero opposition' (sifar pembangkang), tapi akhirnya UMNO/BN yang terkangkang-kangkang. Sekarang ni mahu susun agenda mau ulangi sejarah rampasan kuasa di Perak dengan melantik SUK Selangor yang merupakan agen UMNO/BN.

Semua dunia tahu bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO/BN ini sebenarnya melanggar semangat Federalisme. Tapi, UMNO/BN persetankan semua ini kerana mereka kemaruk untuk merampas semula Selangor yang merupakan sebuah negeri yang terkaya di Malaysia.

UMNO/BN kemaruk harta dunia. Bila kalah pilihanraya tahun 1999 di Terengganu, UMNO/BN rampas royalti minyak yang selama lebih 40 tahun UMNO tadbir Terengganu menjadi milik UMNO.

Lebih RM7 billion yang dinikmati oleh Kerajaan UMNO Terengganu dari tahun 1959 hingga 1999 namun rakyat Terengganu masih menjadi antara rakyat termiskin di negara ini.

Bila PAS diberi mandat untuk mentadbir Terengganu pada 1999, pemimpin UMNO/BN berdolak dalik dengan pelbagai kenyataan dan tindakan yang menafikan hak royalti diberikan kepada Kerajaan Terengganu yang di tadbir oleh PAS.

Kelulusan ke atas lebih 40,000 permohonan tanah yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Terengganu yang gagal ditangani oleh UMNO selama lebih 40 tahun UMNO berkuasa, telah dibatalkan semula oleh UMNO selepas mereka berjaya merompak kekuasaan daripada PAS pada tahun 2004. Semua tahu bahawa kemenangan UMNO pada tahun 2004 adalah melalui pengundi hantu yang dibawa daripada Selangor.

UMNO penentang peraturan hidup cara Islam. Perdana Menteri UMNO, ketika PAS meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, Tun Dr. Mahathir, memberi amaran kepada Kerajaan PAS Kelantan bahawa tindakan akan diambil ke atas kerajaan PAS Kelantan jika mahu meneruskan pelaksanaan peraturan Syariah di Kelantan.

Tun Dr. Mahathir juga menghina Rasul s.a.w. dengan mengatakan bahawa janggut pemimpin agung umat Islam tidak dicukur kerana di zaman itu tiada pisau cukur. Banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO yang jelas mempersenda dan memperlekehkan hukum Allah.

Rizalman tidak perlu emosional dengan memberikan hujjah yang tidak rasional dan tidak masuk akal. Kalau cakap pasal Kerajaan banyak membantu rakyat, saya ingin beritahu Rizalman, bahawa wang kerajaan bukan wang orang UMNO.

Wang kerajaan adalah wang yang datangnya dari keringat rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk memberi yang terbaik kepada rakyatnya. Janganlah jadi Kerajaan yang menghisap darah rakyat!

No comments:

Post a Comment