Oleh: IBN ABDULLAH
SEMAKIN tidak karuan. Bahasa tidak karuan ini sebenarnya berasal daripada Indonesia. Kalau saya tidak salah tafsir, ertinya semakin tidak menentu/semakin gelabah. Begitu rasanya ungkapan yang wajar diberikan kepada mantan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Rizalman Abdullah apabila beliau memperlekeh 10 teras utama Program Reformasi dalam tempoh 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat menguasai Putrajaya. Rizalman menyifatkan 10 teras utama reformasi tersebut sebagai gimik politik Pakatan Rakyat.
Janji para pemimpin UMNO/BN untuk membawa pembaharuan dalam tempoh 100 hari pentadbirannya ketika memenangi pilihanraya Negeri Sabah 2004 merupakan gimik politik yang berhasil memperdayakan rakyat Sabah sehingga meletakkan para pemimpin UMNO/BN sebagai manusia yang 'Bersultan Di Mata, Beraja Di Hati’.
Pemimpin UMNO/BN mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membayar RM500,000.00 bagi menutup kes rogol akibat angkara nafsu yang semakin membuas. Saranan serta paluan canang para pemimpin UMNO untuk konon memperkasakan akhlak dan jatidiri melalui pelbagai program transformasi adalah gimik politik UMNO untuk menyembunyikan nafsu besar para pemimpinnya yang bukan sekadar mahu membolot harta rakyat negeri ini tetapi juga hatta untuk memperkosa isteri orang.
Janji Sabah Baru hanya sekadar permainan lidah yang dilafazkan tanpa keazaman roh para pemimpin UMNO kerana memang sesungguhnya perjuangan UMNO sendiri adalah berasaskan kepada pragmatisme iaitu perjuangan yang memfokuskan kepada kepentingan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan halal haramnya sesuatu pendekatan tersebut. UMNO menggunakan pendekatan Machiavelli, 'the ends justify the means'.
Rizalman memang gelabah, bimbang tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 yang semakin hampir. Cara paling berkesan untuk menarik perhatian tuannya di atas ialah dengan mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi Datuk Rizalman tidak kelihatan bijak apabila menidakkan kebaikan yang banyak dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.
Contoh terbaik ialah pemberian air percuma dan pemberian bantuan kewangan kepada golongan warga emas serta pelajar-pelajar yang berjaya memasuki IPTA/IPTS. Juga kepada ibu-ibu yang bersalin, cuti 90 hari diberi berserta hadiah wang tunai kepada bayi yang baru lahir dalam bentuk tabungan.
Selama berpuluh tahun pemerintahan UMNO/BN di Sabah, mana dia subsidi yang dinikmati oleh rakyat Sabah? Jangankan subsidi, harta rakyat lagi dirampas! Tanah adat dirampas, pasir dicuri, balak ditebang secara haram, rumah yang didirikan atas keringat rakyat dibakar dan kampung halaman dirobohkan. Semuanya dilakukan ala kerajaan mafia dan ala gangster di Colombia dan Mexico.
Mana dia pemimpin UMNO/BN atau Ketua Menteri UMNO/BN yang sanggup berkorban untuk mengembalikan elaun berjumlah lebih RM200,000 setahun kepada kerajaan sepertimana contoh terpuji yang dizahirkan oleh Menteri Besar Kelantan? Kalau rompak balak itu memang ‘benchmark’ pemimpin UMNO/BN. Jangan cakap soal berkorban.
Akhir sekali, saya suka memperingatkan Rizalman dan seluruh pemimpin UMNO/BN, bahawa masanya sudah hampir untuk giliran kamu berlatih sebagai pembangkang. The time for you and all UMNO/BN leaders to adapt to a new environment as opposition members is imminent. The exercise should start now!
No comments:
Post a Comment