Tuesday 10 July 2012

165 HEKTAR UNTUK MESEJ KAMPUNG GARAMA




SIDANG MEDIA...Kamarlin ketika ditemu bual pemberita selepas merasmikan majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

BEAUFORT: Kerajaan negeri telah meluluskan 160 hektar tanah di kawasan Kampung Garama, Beaufort untuk melaksanakan projek Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang dijangka dimulakan hujung tahun ini.

Wakil Rakyat Lumadan, Kamarlin Haji Ombi berkata, projek Mesej Ladang kelapa sawit itu akan diberikan kepada penduduk yang layak khususnya mereka yang tidak mempunyai tanah.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Info Komuniti 1Malaysia  DI Kampung Garama dan Gotong-Royong Perpaduan 2012 dekat sini, kemarin.

Menurut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Sipitang, perlaksanaan projek tersebut merupakan antara komitmen kerajaan Barisan Nasional bagi membantu penduduk yang kurang berkemampuan keluar dari garis kemiskinan di samping dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga.

"Apabila projek ini dilaksanakan di kampung ini, satu lagi proses transformasi dalam memacu kemajuan untuk dinikmati oleh rakyat khususnya di kampung ini akan berlaku dan akan membuka ruang dan peluang kepada penduduk kampung terlibat mengubah kehidupan mereka," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penduduk kampung supaya tidak mudah terpengaruh dengan parti pembangkang yang sering keluar masuk ke kampung terutamanya menjelang pilihan raya semata-mata untuk mengnhentam kerajaan dan menabur janji kosong.

Katanya, apa yang dijanjikan pembangkang, tidak akan dapat ditunaikan melainkan janji kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti mampu membela nasib rakyat.

Kamarlin turut menggalakkan penduduk di kampung itu supaya melibatkan diri secara langsung dengan industri pelancongan yang di kawasan itu yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, khususnya spesis Monyet Belanda.

Katanya, kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara ke kampung itu untuk melihat spesis tersebut boleh dimanfaatkan bagi menambah pendapatan.

Mengenai program berkenaan, beliau berkata, ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan penduduk.

Pada majlis itu, Kamarlin turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas selain menyertai aktiviti mengecat masjid kampung Garama dan merasmikan kejohanan bola sepak sempana program tersebut.



8 comments:

  1. moga projek ini akan berjalan dgn jayanya dan penduduk kena ambil peluang dari projek ini untuk menjana pendapatan.

    ReplyDelete
  2. Makin banyak pula projek kebelakangan ni. harap2 akan terlaksana tepat pada masanya.

    ReplyDelete
  3. Satu usaha yang patut disokong. Ini bagi membantu penduduk untuk mendapatkan pendapatan mereka dari hasil sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek Mesej tu rakyat sokong. Tu adalah kebaikan yang dapat dimanfaat oleh penduduk sekitar

      Delete
  4. Jika boleh tambah lagi pelbagai program dan usaha yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. dalam kata lain, pelbagaikan bentuk ekonomi di kawasan itu sesuai dengan potensinya.. jika kawasan itu mempunyai aset2 yang boleh menarik pelancong, jangan disia2kan..

      Delete
  5. Projek Mesej pasti dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

    ReplyDelete
  6. syabas kepada Kamarlin Haji Ombi.. pastikan projek ini benar2 memberikan manfaat kepada kumpulan sasaran..

    ReplyDelete