SIDANG
MEDIA...Kamarlin ketika ditemu bual pemberita selepas merasmikan majlis
tersebut.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
BEAUFORT: Kerajaan negeri
telah meluluskan 160 hektar tanah di kawasan Kampung Garama, Beaufort untuk
melaksanakan projek Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang dijangka dimulakan
hujung tahun ini.
Wakil Rakyat Lumadan,
Kamarlin Haji Ombi berkata, projek Mesej Ladang kelapa sawit itu akan diberikan
kepada penduduk yang layak khususnya mereka yang tidak mempunyai tanah.
Beliau menyatakan demikian
kepada pemberita selepas merasmikan program Info Komuniti 1Malaysia DI Kampung Garama dan Gotong-Royong Perpaduan
2012 dekat sini, kemarin.
Menurut Kamarlin yang juga
Timbalan Ketua Umno bahagian Sipitang, perlaksanaan projek tersebut merupakan
antara komitmen kerajaan Barisan Nasional bagi membantu penduduk yang kurang
berkemampuan keluar dari garis kemiskinan di samping dapat meningkatkan taraf
hidup dan pendapatan keluarga.
"Apabila projek ini
dilaksanakan di kampung ini, satu lagi proses transformasi dalam memacu
kemajuan untuk dinikmati oleh rakyat khususnya di kampung ini akan berlaku dan
akan membuka ruang dan peluang kepada penduduk kampung terlibat mengubah
kehidupan mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut
mengingatkan penduduk kampung supaya tidak mudah terpengaruh dengan parti
pembangkang yang sering keluar masuk ke kampung terutamanya menjelang pilihan
raya semata-mata untuk mengnhentam kerajaan dan menabur janji kosong.
Katanya, apa yang dijanjikan
pembangkang, tidak akan dapat ditunaikan melainkan janji kerajaan Barisan
Nasional yang telah terbukti mampu membela nasib rakyat.
Kamarlin turut menggalakkan
penduduk di kampung itu supaya melibatkan diri secara langsung dengan industri
pelancongan yang di kawasan itu yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi,
khususnya spesis Monyet Belanda.
Katanya, kehadiran para
pelancong dari dalam dan luar negara ke kampung itu untuk melihat spesis
tersebut boleh dimanfaatkan bagi menambah pendapatan.
Mengenai program berkenaan,
beliau berkata, ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan lagi perpaduan
dalam kalangan penduduk.
Pada majlis itu, Kamarlin
turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas selain menyertai aktiviti
mengecat masjid kampung Garama dan merasmikan kejohanan bola sepak sempana
program tersebut.
moga projek ini akan berjalan dgn jayanya dan penduduk kena ambil peluang dari projek ini untuk menjana pendapatan.
ReplyDeleteMakin banyak pula projek kebelakangan ni. harap2 akan terlaksana tepat pada masanya.
ReplyDeleteSatu usaha yang patut disokong. Ini bagi membantu penduduk untuk mendapatkan pendapatan mereka dari hasil sebegini.
ReplyDeleteProjek Mesej tu rakyat sokong. Tu adalah kebaikan yang dapat dimanfaat oleh penduduk sekitar
DeleteJika boleh tambah lagi pelbagai program dan usaha yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk.
ReplyDeletebetul tu.. dalam kata lain, pelbagaikan bentuk ekonomi di kawasan itu sesuai dengan potensinya.. jika kawasan itu mempunyai aset2 yang boleh menarik pelancong, jangan disia2kan..
DeleteProjek Mesej pasti dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
ReplyDeletesyabas kepada Kamarlin Haji Ombi.. pastikan projek ini benar2 memberikan manfaat kepada kumpulan sasaran..
ReplyDelete