LAHAD DATU: Seramai 875
pembeli projek perumahan Taman Seri Gemilang di Jalan Tungku dekat sini akhirnya
dapat menarik nafas lega apabila projek yang telah terbengkalai sejak beberapa
tahun lalu itu kini akan dipulihkan semula.
Kontraktor baru yang beribu
pejabat di Kuala Lumpur, Khazanah Jaya Sdn Bhd, telah dilantik bagi
melaksanakan dan menyiapkan projek tersebut dalam masa dua tahun dan sekiranya
semua perkara lancar kerja-kerja menyiapkan projek itu dijangka akan bermula
dalam tempoh dua bulan dari sekarang.
Demikian yang dinyatakan
oleh Pengarahnya, David Wong dalam taklimatnya kepada Menteri Sabah, Kerajaan
Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Hajiji Haji Noor di Tapak Projek berkenaan,
di sini, kelmarin.
David berkata di bawah
pelaksanaan semula projek itu, yang beliau sifatkan sebagai kerjasama antara
pelbagai pihak yang terlibat, pembeli akan diberikan pilihan mengikut tiga
kategori skim.
Katanya, Skim A membolehkan
pembeli untuk menarik diri daripada projek itu dan apa saja bayaran yang mereka
telah jelaskan akan dibayar balik.
Manakala, bagi Skim B ialah
pembeli yang ingin meneruskan pembelian mereka namun tidak dibenarkan untuk
menukar atau bertukar tempahan asal dan seterusnya Skim C pula membolehkan
pembeli untuk menukar tempahan mereka atau menukar rumah (swap houses).
Hajiji telah diiringi oleh
Timbalannya, Datuk Ghulam Haidar Khan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri
Sabah, Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datuk Mansur yang juga Ahli Dewan Undangan
Lahad Datu dan Ahli Dewan Undangan Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said.
Hadir sama, ialah Pengerusi
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Idris Haron, Pengerusi Supernesa
Sdn Bhd, Datuk Hamisa Samat dan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan
dan Bandar (LPPB) Sabah, Hajah Rosnani Asmat. Beberapa pembeli rumah hadir pada
taklimat itu.
Sementara itu, Hajiji dalam
ucapannya berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak
lari daripada melaksanakan tanggungjawabnya dan menggesa agar para pembeli
bersabar.
LPPB adalah pemilik tanah,
manakala Supernesa adalah anak syarikat LPPB sebagai agensi pelaksana dan SPNB
sebuah syarikat kerajaan persekutuan adalah sebagai pemaju.
Keseluruhan projek yang
sepatutnya mempunyai sejumlah 2622 rumah apabila siap sepenuhnya, telah
ditinggalkan oleh kontraktor asal yang dilantik oleh SPNB.
dah lama ia terbengkalai. bgslah ia dipulihkan semula.. tidak jg pembeli terus rugi.
ReplyDeleteRawatan yang sepatutnya memang diperlukan dalam hal tu.
Deletemacam mana dengan pinjaman perumahan oleh pembeli rumah ni??
DeleteAkhrinya kegembiran akan diperolehi oleh pembeli perumahan sri gemilang yang mana projek perumahan tersebut telah lama terbengkalai dan sekarang akan beroperasi semula untuk menyiapkannya.
ReplyDeleteSelesaikan perkara ini bagi memastikan pembeli mendapat apa yang sepatutnya.
ReplyDeleteBagus la, projek perumahan yang terbengkalai sudah dimulakan.
ReplyDeleteHarap2 lepas ni tidak tertangguh di pertengahan jalan. kontraktor lama kasi blacklist.
ReplyDeleteSPNB hanya cakap kosong saja, black and white xda lagi... Saya sudah telefon pihak bank yang saya loan utk rumah tersebut, Pegawai bank cakap, perkara tersebut masih tergantung lagi, black and white masih tiada....
ReplyDeletesaya terpaksa pilih skim A kerana kecewa setelah sekian lama projek itu terbengkalai.. dimana tempat untuk tuntut bayaran yang telah dibuat?
ReplyDeleteseperkara lagi yang perlu diketahui oleh rakyat, adakah kontraktor lama yang menyebabkan projek itu terbengkalai telah dikenakan tindakan atau disenarai hitamkan??
ReplyDeletei kekal skim B, tapi masalah nya lot C ku tak akan dibina pada masa kini. then contractor minta kami tukar skim C... maksubnya contractor nak kami dari corner lot tukar ke middle lot. kalau begitu lagi bagus jangan bagi pilihan? dah dekat 5 tahun i tunggu, sekarang minta i tukar ke middle lot? ada kah ini fair dengan pembeli seperti saya? lagipun Lot C dah bina asas nya, dinding dibina sudah. yang aku tak faham kenapa contractor tak nak complete it? jika mereka complete it, then i dah dapat corner lot ku? adakah sebab lot C ni dekat dengan jalan raya? nilai tempat tu berpotensi untuk pembangunan yang lagi mahal? pembeli fikir lah bagus bagus...... jika perkara ni tak ada penyelesaian, lagi bagus bagi lawyer settle it lah..... bagusnya kerajaan malaysia.... oh yes!!!! i love u
ReplyDeleteBohong la lot koner di tukar dengan lain blok kami tidak di bangun kan ini ka lega
ReplyDeleteKalau kami pilih option A kami dapat balik deposit itu konon pampasan bukan pampasan jika kita pilih ini deposit akan di tolak dengan pampasan jadi kita bodoh2 simpan duit tiada bunga selamanya ini ha2 cantik pilihan ini kan apa panfangan anda bagus kamu simpan duit sama saya tapi sori tiada bunga ha3 siapa mau
ReplyDeleteSaya berbesar hati diberi 3 pilihan iaitu A,B dan c .A suda saya kasi tau ,B kita miliki rumah yang sama tiada perubahan dan c rumah di tukar ke lot lain mengikuti harga masing mulanya saya buat pilihan B tapi mereka memberi saya pilihan A atau C saya hairan jika.itu di panggil pilihan A B C kenapa saya tidak boleh memilih B jika di beri pilihan jadi nampaknya saya di bodoh bodoh kan saya bayar deposit Vigo 3.0 tapi saya kena surung Vigo 2.5 ngam ka saya tidak pertikaikan itu harga tapi barang tidak ngam kena kasi ini konon penyelesaian 8 ratus pembeli lega? Santiknya cerita ini macam ombak rindu
ReplyDeleteba buat la aduan terus kepada pihak SPNB.. tanya mereka kenapa tidak boleh buat pilihan B.. lagipun ada rumah yang belum siap.. kalau mahu juga rumah tu, tunggu saja la sampai siap..
ReplyDelete