SERAH.....Abd
Halim (kiri) menyerahkan buku log kepada Ramjit (kanan) sebagai simbolik majlis
penyerahan tugas, sambil disaksikan Mohd Zaki (tengah) di Kem Lok Kawi
kelmarin.
Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
KOTA KINABALU: Tanggal 17
Julai menjadi tarikh bersejarah buat rakyat di negeri ini apabila Brig.Jen
Datuk Ramjit Singh yang merupakan anak jati Sabah telah dilantik sebagai
Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, di sini.
Berasal dari Kimanis, Ramjit
menggantikan Brig-Jen Datuk Abdul Halim Jalal yang ditukarkan ke Markas
Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat di Kuala Lumpur.
Abdul Halim bakal memegang
jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Latihan di markas berkenaan.
Majlis serah tugas itu
disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mej-Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar yang
disempurnakan di padang kawad kem itu di sini kelmarin, selepas diberikan
penghormatan untuk mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan buat kali
terakhir.
Dalam pada itu, Abdul Halim
pada sidang media amat berterima kasih dengan kerjasama pihak kerajaan negeri
bersama warga tentera yang banyak membantu dari segenap segi.
Menurutnya, banyak
pengalaman pahit dan manis semasa bertugas di sini yang akan tidak dilupakan
seumur hidup.
“Antaranya ialah menempa
kejayaan membantu kerajaan negeri mencipta nama dalam Malaysian Book of Records
dengan menaikkan logo 1Malaysia terbesar di puncak Gunung Kinabalu sempena Hari
Kebangsaan pada tahun lalu.
“Kami juga menyumbang kepada
Strategi Lautan Biru dengan membina sebanyak 30 buah rumah kepada mereka yang
memerlukan pada tahun lalu dan sebanyak 14 projek bekalan air telah dan sedang
dilaksanakan di negeri ini,” katanya. (theborneopost)
No comments:
Post a Comment