KETUA Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa perlu ada
undang-undang diskriminasi terhadap golongan homoseksual untuk melindungi
kesucian perkahwinan heteroseksual.
Anwar, yang menyaman Utusan
Malaysia kerana didakwa memfitnahnya, berkata demikian ketika disoal peguam
Firoz Hussein, yang mewakili akhbar milik Umno itu.
Firoz: Patutkah
undang-undang Malaysia mendiskriminasikan homoseksual?
Anwar: Ya
Bagaimanapun, beliau
berkata, undang-undang kuno terhadap homoseksual perlu dikaji semula, untuk
melindungi orang yang tidak bersalah daripada dihukum.
Anwar memfailkan saman pada
20 Januari, dengan mendakwa defendan menerbitkan artikel yang memutarbelitkan
kenyataannya mengenai undang-undang terhadap homoseksual yang dibuat semasa
temubual dengan BBC.
Beliau menuntut ganti rugi
RM50 juta serta ganti rugi teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh
mahkamah.
Anwar juga memohon injunksi
untuk melarang defendan daripada mengucapkan atau menerbitkan kenyataan fitnah
lanjut
No comments:
Post a Comment