TRIBUNAL.....Demonstrasi
secara aman bagi menggesa penubuhan Tribunal Tanah dipercepatkan dilakukan di
perkarangan Mahkamah Tawau.
Oleh : AMIR ANUAR
TAWAU: Ratusan penduduk dan
wakil Orang Asal membuat demonstrasi secara aman di perkarangan Mahkamah Tawau
di sini kelmarin bagi mendesak kerajaan mempercepatkan penubuhan Tribunal
Tanah.
Para penduduk terbabit yang
datang dari sekitar Tawau, Sebatik, Kalabakan, Lahad Datu, Silam dan Beluran
membawa bersama pelbagai sepanduk yang tertera tulisan termasuk ‘Tubuhkan
Tribunal Selamatkan Tanah Adat Orang Asal Sabah’ dan sebagainya.
Pengerusi Tanah Adat Kg
Serudong, Daniel Sipon Tunggiang, 50, berharap Tribunal Tanah dapat ditubuhkan
segera demi membela hak-hak rakyat khususnya yang berkaitan dengam Tanah Adat.
Dalam masa sama, pihaknya
bersyukur kerana Rakan Membangun Masyarakat (Pokas Trust) turut campur tangan
dalam mencari penyelesaian berhubung kes-kes berkaitan tanah, termasuk isu di
kampung mereka selama ini.
Wakil Orang Asal dari Lahad
Datu, Asaffal Alian, 48, berkata Tribunal Tanah merupakan platform terbaik
untuk menyelesaikan isu-isu tanah di Sabah yang masih belum berkesudahan ekoran
banyak pertindihan.
“Tribunal Tanah harus segera
ditubuhkan demi membela nasib Orang Asal Sabah dan saya cadangkan Suruhanjaya
Siasatan Diraja turut ditubuhkan bagi menyiasat Jabatan Tanah dan Ukur,
‘tali-barut’ syarikat-syarikat besar yang menidakkan hak-hak rakyat.
“Kerajaan Negeri dan
Persekutuan juga harus mengambil serius tuntutan rakyat jika tidak mahu rakyat
terus berpanjangan ‘membenci’ kerajaan,” katanya.
Wakil Orang Asal Kalabakan,
Raili Kahal, 45, pula kecewa apabila banyak Tanah Adat di kawasannya turut
diserahkan atau diceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi dan beliau percaya
Tribunal Tanah dapat menyelesaikan masalah mereka.
Yusof Isit, 54, (wakil Orang
Asal Sebatik) menyatakan rakyat tidak mempunyai tempat mengadu selain ketua
kampung jika berhadapan masalah berkaitan dan seringkali kecewa apabila tiada
tindakan susulan diambil selepas aduan dibuat. (UB)
isu tanah dari dulu tidak selesai, mgkin penubuhan tribunal perlu dipertimbangkan bagi selesaikan isu ini.
ReplyDeletesebarang cadangan harus dipertimbangkan untuk selesaikan isu tanah.
DeleteKaji teliti semua cadangan yang dikemukakan.
Deleteapa yang perlu, hak2 dan kepentingan penduduk harus diperjuangkan.
ReplyDeleteKerajaan harus mencari kaedah untuk melindungi hak milik.
Deletetribunal tanah ini harus ditubuhkan segera untuk melindungi hak2 orang asal...
ReplyDeletediharapkan kerajaan akan segera mempertimbangkan tuntutan penubuhan tribunal tanah demi kesejahteraan rakyat..
ReplyDeleteTribunal Tanah Adat Anak Negeri yang dicadangkan tidak perlu buat masa ini kerana Ordinan Tanah Sabah yang sedang diguna pakai untuk menentukan tuntutan hak tanah adat anak negeri Sabah masih relevan dan memadai. Bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa menerima secara terbuka apa-apa cadangan yang boleh menambah baik kepada prosedur yang sedia ada.-Musa Aman
ReplyDeleteharap isu tanah yang berlaku selama ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteAny news about the Tribunal?
ReplyDeleteTribunal tanah itu mungkin perlu bagi menyelesaikan masalah tanah ini. Tapi kerajaan harus memastikan isu ini akan dapat ditangani bagi mengelak menjadi permainan oleh Pembangkang.
ReplyDeleteMasih dinanti-nanti akan tribunal tanah adat ini. Mungkin perlu dipercepatkan cadangan dan perbincangan juga perlu dibuat.
ReplyDeletePasti isu ni akan ditangani baik oleh kerajaan.
DeleteSuhakam mencadangkan supaya geran komunal dikaji semula.
ReplyDelete