Saturday 21 July 2012

DEMONSTRASI GESA TUBUH TRIBUNAL TANAH



TRIBUNAL.....Demonstrasi secara aman bagi menggesa penubuhan Tribunal Tanah dipercepatkan dilakukan di perkarangan Mahkamah Tawau.

Oleh : AMIR ANUAR

TAWAU: Ratusan penduduk dan wakil Orang Asal membuat demonstrasi secara aman di perkarangan Mahkamah Tawau di sini kelmarin bagi mendesak kerajaan mempercepatkan penubuhan Tribunal Tanah.

Para penduduk terbabit yang datang dari sekitar Tawau, Sebatik, Kalabakan, Lahad Datu, Silam dan Beluran membawa bersama pelbagai sepanduk yang tertera tulisan termasuk ‘Tubuhkan Tribunal Selamatkan Tanah Adat Orang Asal Sabah’ dan sebagainya.

Pengerusi Tanah Adat Kg Serudong, Daniel Sipon Tunggiang, 50, berharap Tribunal Tanah dapat ditubuhkan segera demi membela hak-hak rakyat khususnya yang berkaitan dengam Tanah Adat.

Dalam masa sama, pihaknya bersyukur kerana Rakan Membangun Masyarakat (Pokas Trust) turut campur tangan dalam mencari penyelesaian berhubung kes-kes berkaitan tanah, termasuk isu di kampung mereka selama ini.

Wakil Orang Asal dari Lahad Datu, Asaffal Alian, 48, berkata Tribunal Tanah merupakan platform terbaik untuk menyelesaikan isu-isu tanah di Sabah yang masih belum berkesudahan ekoran banyak pertindihan.

“Tribunal Tanah harus segera ditubuhkan demi membela nasib Orang Asal Sabah dan saya cadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja turut ditubuhkan bagi menyiasat Jabatan Tanah dan Ukur, ‘tali-barut’ syarikat-syarikat besar yang menidakkan hak-hak rakyat.

“Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga harus mengambil serius tuntutan rakyat jika tidak mahu rakyat terus berpanjangan ‘membenci’ kerajaan,” katanya.

Wakil Orang Asal Kalabakan, Raili Kahal, 45, pula kecewa apabila banyak Tanah Adat di kawasannya turut diserahkan atau diceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi dan beliau percaya Tribunal Tanah dapat menyelesaikan masalah mereka.

Yusof Isit, 54, (wakil Orang Asal Sebatik) menyatakan rakyat tidak mempunyai tempat mengadu selain ketua kampung jika berhadapan masalah berkaitan dan seringkali kecewa apabila tiada tindakan susulan diambil selepas aduan dibuat. (UB)



14 comments:

  1. isu tanah dari dulu tidak selesai, mgkin penubuhan tribunal perlu dipertimbangkan bagi selesaikan isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebarang cadangan harus dipertimbangkan untuk selesaikan isu tanah.

      Delete
    2. Kaji teliti semua cadangan yang dikemukakan.

      Delete
  2. apa yang perlu, hak2 dan kepentingan penduduk harus diperjuangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus mencari kaedah untuk melindungi hak milik.

      Delete
  3. tribunal tanah ini harus ditubuhkan segera untuk melindungi hak2 orang asal...

    ReplyDelete
  4. diharapkan kerajaan akan segera mempertimbangkan tuntutan penubuhan tribunal tanah demi kesejahteraan rakyat..

    ReplyDelete
  5. Tribunal Tanah Adat Anak Negeri yang dicadangkan tidak perlu buat masa ini kerana Ordinan Tanah Sabah yang sedang diguna pakai untuk menentukan tuntutan hak tanah adat anak negeri Sabah masih relevan dan memadai. Bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa menerima secara terbuka apa-apa cadangan yang boleh menambah baik kepada prosedur yang sedia ada.-Musa Aman

    ReplyDelete
  6. harap isu tanah yang berlaku selama ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. Any news about the Tribunal?

    ReplyDelete
  8. Tribunal tanah itu mungkin perlu bagi menyelesaikan masalah tanah ini. Tapi kerajaan harus memastikan isu ini akan dapat ditangani bagi mengelak menjadi permainan oleh Pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Masih dinanti-nanti akan tribunal tanah adat ini. Mungkin perlu dipercepatkan cadangan dan perbincangan juga perlu dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti isu ni akan ditangani baik oleh kerajaan.

      Delete
  10. Suhakam mencadangkan supaya geran komunal dikaji semula.

    ReplyDelete