SYUKUR....Suasana
Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir di era kepemimpinan Hafiz 30 Juzu'
Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].
SYAIKH Muhammad bin Sholih
Al ‘Utsaimin-rahimahullah pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun
meninggalkan solat?”
Beliau menjawab: “Puasa yang
dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang
yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan
shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,
“Jika mereka bertaubat,
mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah
saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang
mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11)
Alasan lain adalah sabda
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Pembatas antara seorang
muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim
no. 82)
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam juga bersabda,
“Perjanjian antara kami dan
mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka
dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan
shahih oleh Syaikh Al Albani)
Pendapat yang mengatakan
bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti
sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’
(kesepakatan) para sahabat.
Abdullah bin Syaqiq
-rahimahullah- (seorang tabi’in yang masyhur) mengatakan, “Para sahabat Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang
apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara
solat.”
[Perkataan ini diriwayatkan
oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim
mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di
dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al
Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]
Oleh karena itu, apabila
seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan
tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah
bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Oleh sebab itu, kami
katakan, “Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Adapun jika engkau puasa namun
tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan
meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.
[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il
Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
No comments:
Post a Comment