KEMUDAHAN………..Abdul
Rahman (tengah) bersama sebahagian JKKK Pengerusi JKKK seluruh DUN Kadamaian
bersama Notebook 1Malaysia.
Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
KOTA BELUD : Seramai 88
masyarakat sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Kedamaian, Kota Belud telah
menerima Notebook 1Malaysia, baru-baru ini.
Dari jumlah itu, seramai 76
terdiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), 4
Sekolah Rendah Adventis Gaur, 2 Pastor Sidang Injil Borneo (SIB) dan 6 Ketua
Kampung bagi fasa pertama.
Majlis Penyerahan Notebook
1Malaysia itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tiginambur Jaya, Kota
Belud dan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk
Dahlan.
Berucap pada majlis itu,
Abdul Rahman Dahlan berkata, sebagai tulang belakang, mata dan telinga
kerajaan, Pengerusi JKKK perlu memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam menyalurkan dan menyampaikan maklumat yang betul dan tepat tentang
dasar-dasar kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Menurut beliau, kemudahan
internet penting untuk menghubungkan Pengerusi JKKK dunia luar sekaligus
mewujudkan ruang persekitaran kerja yang efektif dan kondusif antara Pengerusi
JKKK dengan pemimpin masyarakat, wakil rakyat, kementerian dan agensi di bawah
Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Justeru beliau yang juga
Setiausaha Barisan Nasional Sabah berharap kemudahan Notebook 1Malaysia
digunakan sebaiknya untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan JKKK di samping
menepis setiap tuduhan dan dakyah pembangkang terhadap kerajaan.
internet kini penting sebagai satu alat komunikasi pada masa kini.
ReplyDeleteHopefully the Kedamaian folks will use the 1 Malaysia laptops for the right purpose.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
The JKKK should also use the 1 Malaysia laptops to improve their daily operation.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada penduduk.
ReplyDeleteRakyat perlu menyokong segala program kerajaan yang dilaksanakan untuk rakyat
Deletetingkatkan coverage internet di seluruh Sabah
ReplyDeleteBetul tu..bekalan elektrik pun kena ditingkatkan supaya seleuruh Sabah dapat nikmati. kalau ada laptop tapi tiada bekalan elektrik, tiada guma juga tu.
DeletePemimpin kampung pun mesti celik IT selari dengan perkembangan zaman. jangan ketinggalan jauh ke belakang.
ReplyDeletesyabas kepada kerajaan atas bantuan ini, tapi pastikan liputan internet di Sabah sama dengan negeri2 di semenanjung..
ReplyDelete