KUALA LUMPUR : Suara
Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat
Malaysia (Suaram), akan diarah mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat
tersebut, menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.
Ketua Perhubungan Awam SSM,
Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata notis mengenai arahan itu akan diserahkan
kepada pegawai syarikat itu mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965 bagi
memastikan syarikat itu mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965.
Pada Ahad lalu, Presiden
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa Suaram tidak didaftar
sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
tetapi didaftar sebagai sebuah syarikat bernama Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan
modal berbayar RM2.
Azwanddin yang membuat
pemeriksaan di SSM mendapati jumlah pendapatan syarikat itu adalah RM497,137
pada 2009 dan RM411,226 pada 2010.
Mohamad Shahren berkata
kegagalan syarikat itu mematuhi notis untuk menyerah dokumen yang dikehendaki
boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil, dan jika disabitkan kesalahan
boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau
kedua-duanya.
Tidak perlu waran
Menyentuh mengenai
pemeriksaan rutin oleh SSM ke atas premis syarikat itu, di Gasing Indah,
Petaling Jaya semalam, Mohamad Shahren berkata ia dibuat mengikut Seksyen 7B
(1) Akta Syarikat 1965 yang membenarkan pegawai pemeriksa SSM memasuki
mana-mana premis perniagaan untuk tujuan itu.
Beliau menegaskan SSM tidak
perlu mempunyai waran untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadap syarikat itu,
dan waran hanya akan dikeluarkan sekiranya pihak SSM ingin melakukan siasatan
terhadap premis itu.
“Semalam, pengawai pemeriksa
SSM hanya ingin menjalankan pemeriksaan rutin mengikut Akta Syarikat 1965, dan
notis yang dibawa oleh kami tidak diterima dan pihak Suara Inisiatif meminta
kami mengemukakan waran supaya boleh memasuki premis mereka.
“Bagi mengelakkan suasana
tegang, pegawai SSM telah meninggalkan premis berkenaan dan tidak pernah
berjanji dengan pegawai Suara Inisiatif, yang pegawai SSM akan kembali pada
pukul 10.30 pagi ini seperti yang didakwa,” jelas Mohamad Shahren.
Suaram gagal daftar ROS
Sehubungan itu, beliau
menasihati semua pihak agar memberi kerjasama kepada pegawai pemeriksa SSM
ketika menjalankan tugas mereka.
Sementara itu, Penyelaras
Dokumentasi dan Pemantauan Suaram Wong Kar Fai berkata Suaram, seperti juga
organisasi lain bukan kerajaan, telah diminta mendaftar dengan Pendaftar
Syarikat (ROC) sejak 2002 bila ia menghadapi pelbagai sekatan dan halangan
untuk didaftarkan dengan ROS.
“Suaram telah beroperasi
selama 23 tahun dan kita tidak ada apa-apa hendak disembunyikan dan sedia
mematuhi apa-apa syarat ditetapkkan di bawah undang-undang dalam mengemukakan
rekod kami yang diaudit sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata Suaram
dibiayai dengan sumbangan dan derma orang ramai dan badan swasta serta
bertanggungjawab sepenuhnya kepada pembiaya, dan tetap merupakan badan tidak
mencari untung. (Bernama)
kita tunggu hasil siasatan baru kita tau status sebenar Suaram.
ReplyDeleteYa, sama2 kita tunggu result siasatan tu.
DeleteHopefully the truth about this case will be revealed.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
We should wait for further investigation from the Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Baguslah kalau SSM mahu melakukan siasatan kepada SUARAM mengenai kewangan mereka.
ReplyDeleteSUARAM memang meragukan dan memang perlu disiasat.
ReplyDeleteJangan pula SUARAM dibiayai oleh pihak dari luar negara.
ReplyDeleteSUARAM ni NGO ka syarikat??
ReplyDeletesiasat saja la.. tapi apa sebenarnya masalah yang boleh disumbangkan jika benar suaram ini sebuah syarikat atau dibiayai oleh syarikat?
ReplyDelete