Saudara Pengarang,
SAYA tujukan surat terbuka ini
kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Ketua Polis Daerah
Sandakan, Superintendan Rowell Marung agar mereka dapat menaiktaraf imej
kepolisan di Sandakan yang merudum jatuh akibat 'rasuah' dan 'salah gunakuasa'
sehingga kegiatan perjudian haram di Sandakan seperti 'Menjual Telur Penyu'
yang sudah menjadi budaya rakyat Sandakan.
Saya telah membuat dua laporan
polis, masing-masing Sandakan/008787/12-Sandakan dan Sandakan/00902/12
berhubung dengan aktiviti perjudian mesin slot tanpa lesen yang keterlaluan di
daerah Sandakan.
Malang sekali, laporan polis
yang saya buat bagaikan menjadi 'Trauma' dan ketakutan kepada Polis Sandakan
kerana bukan sahaja takut untuk mengambil tindakan, malah premis judi haram
semakin tidak terkawal.
Lebih mengejutkan apabila
saya hubungi, Pegawai Penyiasat, DSP Mohd Izaan Abdullah, dalam keadaan trauma,
marah dan penuh curiga meminta saya menulis surat kepada Ketua Polis Daerah
Sandakan seolah-olah dua laporan polis yang saya buat 'dipadam' daripada rekod
polis atau 'dibakul sampahkan'.
Apakah Ketua Polis Negara
atau Pesuruhjaya Polis Sabah telah memperkenalkan SOP baru yang memerlukan
pengadu kes jenayah menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Daerah sebelum
sebarang tindakan boleh diambil? Jika ya, adakah surat berkenaan boleh
menggantikan fungsi laporan polis?
Sehubungan itu, saya menggesa
agar Pesuruhjaya Polis Sabah campurtangan menjalankan siasatan segera kerana
saya beranggapan bahawa Polis Sandakan telah dibutakan mata mereka oleh taukeh
judi sehingga mereka (Polis Sandakan) bagaikan peminjam 'Ah Long' yang tidak
mampu berbuat apa-apa.
Mungkinkah juga Polis
Sandakan terlalu terhutang budi atau terlalu 'bacul' dengan Taukey Judi
sepertimana yang berlaku di Lahad Datu setelah aktiviti premis judi haram dikuasai
oleh individu bernama Madam Tan sehingga beliau bebas membuka banyak premis
judi mesin slot tanpa lesen di beberapa kawasan bandar Lahad Datu.
Senario di Lahad Datu sama
juga dengan di Sandakan kerana walaupun saya telah membuat laporan polis
melalui LAHAD DATU/005641/12, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.
Sebagai contoh, pada 8 Julai
2012, lebih kurang jam 5.30 petang selepas saya menghadiri program lawatan
Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sandakan, saya telah dibawa oleh rakan-rakan AMK
Sandakan ke beberapa lokasi perjudian mesin slot tidak berlesen.
Mustahil Polis Sandakan
boleh menutup mata atau tidak melihat aktiviti haram berkenaan kerana sebelum
ini AMK Negeri Sabah telah beberapa kali membuat laporan polis dan telah mendedahkan
kegiatan haram ini melalui Sabahkini.Net bertajuk 'Taukey Judi Kata Kao-timPolis', namun saya merasa amat terkilan kerana premis-premis berkenaan masih
beroperasi sehingga ke hari ini.
Amat menghairankan kerana
mereka begitu kebal tanpa sebarang rasa takut oleh tindakan pihak berkuasa dan
saya selaku Ketua Penerangan AMK Negeri Sabah amat kecewa dengan tindakan sambil
lewa pihak polis Sandakan.
Ada di antara kawasan premis
seperti yang terdapat di Bandar Kim Fung hanya sejengkal dari Balai Polis,
seolah-olah dakwaan orang awam bahawa polis bersekongkol dengan taukeh judi
adalah benar dan sukar disangkal.
Mungkinkah Polis Kontingen
Sabah menyongsang arus ketika Perdana Menteri Malaysia sedang aktif menjalankan
kempen 'Janji Ditepati' di seluruh negara kerana ternyata segala tindak tanduk PDRM
di Sabah mengambil jalan yang bertentangan iaitu lari daripada menjalankan tugas
yang diamanahkan?
Persoalannya, dalam keadaan
indeks jenayah semakin meningkat di seluruh negara, masih bolehkah diharap PDRM
menjaga ketenteraman awam kerana tabiat buruk seumpama ini cuba ditunjukkan
kepada masyarakat?
Apakah wujud campur tangan
pegawai tertinggi dalam PDRM termasuk Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sabah dan
OCPD sehingga gejala ini tidak dapat dibendung dan menjadikan Taukeh judi sebagai
'Maharaja Judi' di sebuah negara yang agama rasminya Islam dan terus kebal daripada
sebarang tindakan?
Salam Hormat,
CITRA BIN MASADI
Ketua Penerangan AMK Negeri
Sabah
kegiatan judi haram jgn dibiarkan berleluasa, ia harus dibenteras.
ReplyDeletePihak berkuasa harus mengambil kesempatan untuk menutup kesemua aktiviti haram tersebut.
DeleteMemang susah untuk banteras kalau pihak berkuasa sendiri ada yang bersubahat.
ReplyDeletekalau pihak berkuasa sendiri yang terlibat, then siapa yang akan menangkap mereka pula??
Deletepihak berkuasa yang terlibat harus dikenakan tindakan undang-undang terlebih dahulu.
DeleteAgree to Anonymous to take serious action against those who involve.
Deleteharap pihak polis akan mengambil tindakan segera bila ada laporan dibuat tentang aktiviti haram.
ReplyDeleteaktiviti haram jangan dibiarkan sahaja. Pihak polis kenalah bertindak secepat mungkin untuk mengelakkan aktiviti haram tersebut daripada berleluasa.
DeleteTindakan harus diambil agar aktiviti ini tidak berleluasan.
ReplyDeletePerjudian haram harus dikenakan hukuman kuat.
ReplyDeletePihak berkuasa yang terlibat harus dikenakan tindakah undang yang berganda. Pasti ada kes rasuah diantaranya.
ReplyDeletelaporan polis yang saya buat bagaikan menjadi 'Trauma' dan ketakutan kepada Polis Sandakan kerana bukan sahaja takut untuk mengambil tindakan, malah premis judi haram semakin tidak terkawal.
ReplyDeleteSiapakah yang bertanggung jawab untuk membanteras aktiviti haram ini berkembang? Isu ini tidak harus diketepikan sebab ia membawa impak yang serius.
Selagi aktiviti ini tidak ditutup, lebih banyak pusat judi akan dibuka selepas ini.
ReplyDeleteAda pihak berkuasa ambil rasuah?
ReplyDeleteRasuah memang tidak patut diamalkan. Jangan jadikan rasuah sebagai habit
DeleteIni juga punca kemerosotan ekonomi.
ReplyDeletemasalah sosial ni harus ditangani segera.
ReplyDeletePihak polis mempunyai tanggungjawab yang berat sebenarnya. Bukan saja mereka ini menjaga keamanan rakyat malahan kes jenayah perjudian ini antara tanggungjawab mereka. Jadi laksanakan tanggungjawab ini sebaiknya.
ReplyDeleteSebagai anggota polis seharusnya tidak menyalah gunakan kuasa yang ada.
ReplyDelete