1MALAYSIA.....Dato
Sri Nasir (tiga kiri) menyampaikan Surat Tawaran Kerja kepada salah seorang
penerima projek Khas Adun di pejabat Dun Senallang, Semporna yang membuat gimik
'1Malaysia' ketika menerima perintah kerja.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran mengingatkan penerima-penerima Surat
Tawaran Projek Peruntukan Khas Adun melaksana projek yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab serta menyiapkannya seperti yang dijadualkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.
Nasir menjelaskan, kerajaan
Barisan Nasional sentiasa prihatin menyediakan pelbagai prasarana dan
pembangunan untuk kemudahan rakyat namun,tanpa kerjasama semua pihak terutamanya
pelaksana projek yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah
ianya tidak akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.
Dato Sri Nasir yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena
majlis penyampaian Surat Tawaran Projek Bantuan Khas Adun kepada lebih 30 orang
Wanita dan surirumah termasuk ahli puteri. Projek-projek itu melibatkan projek
pembaikan rumah, jambatan, surau dan jalan-jalan kampung.
Hadir sama sempena majlis
itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah
Semporna, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan
Jalaludin dan Pegawai Perhubungan Dun Senallang, Haji Zainal Jalaludin.
Nasir berkata, sejak Barisan
Nasional (BN) memerintah negeri ini telah banyak pembangunan disalurkan ke
kawasan-kawasan luar bandar termasuklah pembangunan infrastruktur, kemudahan
asas serta prasarana pendidikan; kesihatan; keselamatan di samping pelbagai
bantuan untuk rakyat golongan miskin yakni PPRT/KIRT.
Sehubungan itu rakyat
hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini
benar-benar berjuang membela nasib rakyat sambil mengubah sikap dan membuka
minda memanfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan sebagai batu asas
melonjakkan tahap kehidupan yang lebih baik dengan terus berusaha meningkatkan
ekonomi keluarga untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.
apap2 projek walaupun kecil kena dilaksakan dgn baik dan jayanya.
ReplyDeleteDari projek kecil inilah kontraktor dapat penilaian awal. kalau projek kecilpun tidak dapat laksanakan dengan baik, apa lagilah projek yang besar.
ReplyDeleteProjek kecil akan menjadi masalah besar sekiranya rakyat tidak puas hati
DeleteBiar pun kecil tapi perlu capai objektif projek
ReplyDeleteWalaupun projek yang diberikan itu kecil dan tidak begitu menguntungkan tapi sebaiknya laksanakan sepenuhnya amanah yang diberikan itu.
ReplyDeleteItulah yang perlu dan terbaik.
ReplyDelete