TERIMA
KASIH…...Wakil SK St Mary Convent menerima peralatan berupa 2HP Panasonic yang
disampaikan oleh Liew.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
KEBEBASAN beragama yang
diamalkan di negara ini menjadikan Malaysia aman dan damai jika dibandingkan
dengan negara-negara lain. Bagaimanapun, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
diberi mandat oleh semua lapisan masyarakat terus memainkan peranannya membantu
rakyat dalam pelbagai aspek untuk dinikmati semua rakyat yang berbilang kaum
tanpa mengira ideologi politik.
Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong berkata
demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Pejabat
berupa 2 unit 1 HP Penghawa Dingin Panasonic kepada Gereja Sidang Injil Borneo
(SIB) Sandakan di sini, kelmarin.
Turut menerima sumbangan
seumpama itu ialah SMK Konven St Cecilia School Management Board dan SK St
Mary’s Convent Sandakan dan TADIKA Kasih Sayang Dorkas menerima bantuan beg 15
sekolah dan seunit Epson Projector With Screen.
Liew berkata, dasar kerajaan
Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak untuk menikmati
dan mendapatkan pelbagai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan kerana sudah
menjadi hasrat dan tanggungjawab para pemimpin membantu setiap golongan yang
memerlukan.
"Kasih rakyat kita
sanjung, budi mereka mengundi BN tidak akan dilupa," kata Liew dalam
seuntai madah.
Sesiapapun tidak dapat
menafikan, tegas Liew, bahawa sejak kebelakangan ini kerajaan banyak
menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat jelata di setiap pelusuk di negara
ini; antaranya BR1M, Bantuan Sentuhan Kasih, Bantuan 1 Azam, Bantuan E Kasih
dan bantuan Subsidi 4 biji tayar dan pembelian insurans percuma kepada
pemandu-pemandu teksi.
KENANGAN…Liew
bergambar dengan murid-murid TADIKA Kasih Sayang Dorkas.
"Semuanya ini untuk
keperluan rakyat tidak kira mereka itu anti kerajaan atau sebaliknya; sama-sama
berhak dan saksama mendapat kemudahan,” tegasnya.
Liew sedih kerana walaupun
kerajaan BN membuat pelbagai kebaikan untuk rakyat, namun ada sahaja yang tidak
kena dengan pihak pembangkang yang sering menafikan segala usaha kerajaan dan terus
menabur pelbagai tohmahan liar yang tidak berasas terhadap para pemimpin BN.
"Saya berharap agar rakyat
di Sandakan tidak mudah digula-gulakan oleh pihak pembangkang. Bukalah mata besar-besar
dan pandailah menilai mana satu parti yang boleh membantu rakyat dan memajukan
negara. Pembangkang hanya tahu bercakap banyak,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment