Oleh
: KUEK SER KUANG KENG
KETIKA
spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September, satu kempen pilihan raya, yang dipercayai ada
kaitan dengan BN dan dianggarkan menelan belanja berjuta-juta ringgit, muncul
di semua platform media.
Bermula
minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua
akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran TV utama.
Bagaimanapun,
kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan
kecenderungan kepada mana-mana parti politik.
Bagaimanapun,
warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang
ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan -
dilihat senada dengan BN.
Promosi
laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ
rasmi talian parti pemerintah - dilihat
sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.
Menurut
laman peminat, kempen ini telah menerbitkan dua bahagian siri iklan dalam
kesemua empat bahasa utama dalam akhbar-akhbar utama.
Bahagian
kedua muncul dalam akhbar semalam, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New
Straits Times dan The Star.
Menurut
iklan itu, mesej yang seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1,
RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro
AEC.
Sesiapa
pun yang belakang kempen tersebut, semua iklan dalam media cetak dan elektronik
dengan mudah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit. (MKINI)
No comments:
Post a Comment