PRESIDEN
Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan
menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang
dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut
Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri
daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia
itu diterbangkan ke Paris.
Malah
ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk
hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya
diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal
diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan
autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr.
Maurice Bucaille.
Tonton
videoklip WHY I'M MUSLIM?
Bucaille
seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19
Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau
diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai
kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille,
termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu
kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh
tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja
Mesir kuno itu.
Ternyata,
hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati
akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut,
‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun
penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad
yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan
sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses
menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan
tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan
Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran
penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan
iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie
Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine,
Perancis. Kisah Firaun Di Dalam Al Quran.
Namun
seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini
sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya
umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan
mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun
kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat
mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat
diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal
canggih yang mutakhir dan tepat.
Tonton
Videoklip MIRACLE OF GOD
Dr.
Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran
yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah
tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau
semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal
kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran
telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak
lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus
tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya
diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah
masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)?
Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian
Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya
sendirian.
Lalu
beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang
tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan
mengenai mayat Firaun.
Sementara
dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu
hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan
beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan
seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan
diri.
Tetapi
anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah
laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana
tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat
Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Sila
Tonton Videoklip : QURAN CORRECTS BIBLE REGARDING PHARAOH
Apabila
mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian
mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam
mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel
meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang
mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran
berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka
pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran
bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia
lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila
mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya
mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu
inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu
dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun
bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan
beriman dengan al-Quran ini.”
Sila
Tonton Videoklip : PHARAOHS BODY [THE MIRACLES OF THE QURAN]
Tidak
sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya
pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau
berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga
kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The
Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of
Modern Knowledge.
Melalui
buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice
Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta
sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains
dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam
Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun
kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan
segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan
dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak
lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
setiap misteri di dunia ada jawapannya, jika kita pandai mencarinya.
ReplyDeleteAir garam laut tu mungkin yang membuatkan mayat firaun tidak reput.
ReplyDeletePengawetan yang baik menyebabkan firaun tahan.
ReplyDeleteCara pengawetan yang sangat sempurna sehinggakan mayat masih dalam keadaan baik.
DeletePanjangnya cerita, semua tu adalah keajaiban yang susah untuk diterangkan
ReplyDelete