Saudara
Pengarang,
SEBAGAI
rakyat Malaysia di alaf Transformasi, saya amat kesal dengan sikap Jawatankuasa
Sambutan Perayaan ke 55 tahun Kemerdekaan Malaysia kerana memilih logo setaraf
'Pembantu Rumah' atau 'Pra-Sekolah'.
Tidak
tahu di mana silapnya, seolah-olah semua ahli jawatankuasa termasuk Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim tidak
pernah melihat laman web http://pmr.penerangan.gov.my/ yang memaparkan logo
sambutan sambutan hari kemerdekaan sejak 1976 sehingga 2011.
Saya
lebih terkejut apabila melihat video di Youtube yang mendakwa logo Kemerdekaan 55 boleh disiapkan tidak sampai 5
minit, malah hanya 3 minit sahaja menggunakan Adobe Photoshop atau Microsoft
Word?
Persoalannya,
apakah yang ingin disampaikan Menteri dan Jawatankuasa Sambutan Hari Perayaan Kemerdekaan
Ke 55 Malaysia ketika Perdana Menteri mendapat keyakinan rakyat melalui
pelbagai transformasi?
Sewajarnya,
logo Kemerdekaan Ke 55 dicipta selari dengan hasrat Perdana Menteri yang digelar
'Bapa Transformasi' dan bukannya melakukan transform logo yang sudah basi di
minda rakyat.
Semoga
di tahun yang akan datang, sewajarnya logo hari kebangsaan dilukis atau dicipta
oleh 'Kanak-Kanak Tadika' dan 'Orang Buta' kerana mereka mungkin lebih kreatif
dan artistik daripada pencipta logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke 55.
Salam
Hormat,
MOHD
ZAHID MOHD ANWAR
pasal logo pun jadi isu.. yang penting logo itu sesuai dgn tema dan maksudnya sampai.
ReplyDeleteLogo, tema dua2 dipersoalkan. kalau begitu bagus kerajaan suruh rakyat sendiri cetuskan idea untuk logo dan tema Hari Kebangsaan tahun depan.
ReplyDeleteMungkin pembangkang tidak senang dengan logo Janji ditepati iutu.
ReplyDeletelogo ini pun ada yang tidak puas hati. Hairan juga.
ReplyDeleteLain orang lain pendapat, ditambah lagi sekarang panas dengan PRU13.
DeleteMungkin semua tu perlu dibuat semula, mungkin boleh anjurkan pertandingan membuat logo hari merdeka dan tema kemerdekaan tahun ni.
ReplyDelete"logo pun nak dijadikan isu???" What!!
ReplyDeletelogo tu represent imej dan mentaliti rakyat and pemimpin.
Macam mana, logo-logo sebelum ni jauh lebih cantik dan nampak karisma, tiba-tiba jadi simple dan lame.... hmmm