PENASIHAT DAP Lim Kit Siang
menolak dakwaan beliau begitu "membenci" bekas perdana menteri Tun Dr
Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya, katanya, beliau hanya menentang 'Mahathirisme'
dan seumpamanya.
Dalam kenyataan akhbar kelmarin,
Lim berkata, Dr Mahathir sekarang terpaksa bekerja keras untuk mengembali dan
mempertahankan Mahathirisme dalam dasar-dasar Umno-BN.
Lim malah berkata, pendirian
anti-Mahathirisme yang dipercayainya turut dikongsi bersama tiga bekas Perdana
Menteri lain, iaitu Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Abdullah Ahmad Badawi.
"Biar saya pastikan
Mahathir bahawa saya tiak benci dia sama sekali, tetapi seperti tiga bekas Perdana
Menteri dan kebanyakan rakyat Malaysia pada tahun 2012, saya menentang
Mahathirisme dan ia kembali ke politik Malaysia menjelang pilihan raya umum
ke-13," katanya.
Dr Mahathir Mohamad semalam
menolak kewujudan Mahathirisme dan mengingatkan Lim bahawa serangan berterusan
terhadapnya akan memakan diri sendiri.
Beliau mengulas komen Lim
yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum
menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.
Lim juga sebelum ini menuduh
Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam
blognya bahawa pengundi Cina merupakan 'kingmakers' dalam pilihan raya akan
datang. (MKINI)
No comments:
Post a Comment