Monday 2 July 2012

MUKHRIZ AKUI POLITIK TERJEJAS KERANA MARINA




TIMBALAN pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengakui bahawa hubungan kakaknya Datuk Marina dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 memberi kesan kepada kepentingan politiknya.

“Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan BERSIH sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang berharap supaya Marina tidak terlalu rapat dengan BERSIH 2.0 atau gerakan anti-kerajaan kerana akan menjejaskan masa depan politiknya, seperti disiarkan laman video Mobtv pada 28 Jun lalu.

Dalam kenyataan itu, Mahathir menyatakan harapan supaya Marina sedar bahawa sokongan berkenaan "tidak elok untuk kerajaan pemerintah."

"Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya (Mukhriz) yang akan bertanding pilihan raya nanti.

"Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa saja.

"Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita 'jangan begitu, jangan begini'. Mereka boleh fikir sendiri," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar hari ini.

Mahathir yang juga penaung kumpulan pro-Melayu PERKASA sebelum ini bergeser dengan Marina yang menyokong hak asasi kumpulan lesbian, gay dan trasgender (LGBT) berhubung penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011.

13 comments:

  1. Hope that the two sibling's political differences will not affect their brother-sister relationship.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. However Dr Mahathir said their kids can think for their own actions, its up to them what they want to do.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Marina ada haluan dia sendiri. biarlah dia dgn haluannya.

    ReplyDelete
  4. Suka atau tidak, Mahathir dan Mukhriz tidak boleh kawal Marina.

    ReplyDelete
  5. negara demokrasi...rakyat berhak menyuarakan pendapat..mengikut landasan yang benar...

    ReplyDelete
  6. Fahaman politik yang berbeza ni selalu membawa masalah dan perpecahan dalam keluarga. macam juga Azmin Ali dan Ummi Hafilda.

    ReplyDelete
  7. Mahathir pula seolah2 mau melindungi reputasi Mukhriz kerana Mahathir tidak mau terjejas harapannya yang tinggi terhadap Mukhriz.

    ReplyDelete
  8. Apa pun cubalah selesaikan masalah keluarga seperti ini. Dan jangan terlalu mengaitkan perkara ini dengan politik.

    ReplyDelete
  9. BERSIH sepatutnya tidak patut disokong jika ia dikawal oleh politik PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih perlu memberi ganti rugi pada para peniaga.

      Delete
  10. Tindakan Marina hanya memberi impak negarif kepada keluarga

    ReplyDelete
  11. rakyat cukup matang untuk membuat pertimbangan tanpa melihat kepada masalah2 dalam keluarga seseorang pemimpin.. jangan la jadikan Marina sebagai alasan jika sokongan terjejas..

    ReplyDelete
  12. pemimpin2 politik/kerajaan patut lebih bijak dan profesional dalam mengasingkan hal2 keluarga dengan tanggungjawab sebagai pemimpin..

    ReplyDelete