MURSYIDUL
Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan
hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan
pembangkang iaitu DAP.
Nik
Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui
hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.
Beliau
berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan
agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.
“Rasanya
saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua
orang tahu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco
kerajaan negeri di sini, hari ini.
Beliau
ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza
pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.
Sebelum
ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak
terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan
pembangkang ke Putrajaya.
Nik
Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada
sebab hukum hudud tidak boleh diterima.
“Pelik
apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung.
Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi
anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.
“Tapi
hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam
syarat,” katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment