Maaf
bah! Terbiasa angkat turun satu tangan.
Oleh
: THE UNSPINNERS
DATUK
SERI Lajim Ukin memberi sedikit interview di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu, semalam Selasa 24 julai 2012 tengahhari Kenyataannya menarik sekali:
"Saya
fikir memang ada tapi apa yang disebut oleh Datuk Seri Panglima Bumburing
kelmarin itu adalah sama. Kita akan menentukan halatuju kita. Pada saya, saya
ada dua pilihan, samada saya terus berpolitik atau bersara, itu saja.
"Yang
kedua pilihan saya, pertama saya ingin juga melihat perkembangan semasa dan
juga sokongan rakyat bukan saja di kawasan saya tapi juga di kawasan lain di
negeri Sabah, khususnya supaya perjuangan itu tidakkan menjadi satu perjuangan
sia-sia pada kita.
"Apabila
kita memasuki satu gelanggang, sudah pastinya kita mau kemenangan dan
kemenangan itu kita memerlukan satu strategi yang cukup mantap. Saya fikir
untuk menentang BN bukanlah semudah itu tapi kami juga yakin bahawa rakyat yang
akan menentukan masa depan kami dan juga perjuangan kami. Tidak semestinya,
kerajaan memperolehi kelebihan dalam apa-apa juga walaupun mereka mempunyai
pelbagai peralatan dan sebagainya.
"Tapi
saya yakin kami percaya bahawa rakyat Sabah khususnya telahpun awal-awal lagi
menunjukkan mereka memerlukan perubahan terutama sekali kepimpinan di negeri
Sabah.
"Saya
tak ingin elaborate untuk hari ini. Cuma dalam ucapan saya nanti pada 29
haribulan, sudah tentu ada pelbagai perkara yang saya harus kupas dan saya
harus elaborate supaya rakyat Sabah faham apa sebenarnya hala tuju dan
perjuangan kami untuk membawa perubahan kepada negeri Sabah dan rakyat negeri
Sabah.
Boleh
Datuk ulas perjumpaan dengan Datuk Nik Aziz di Kota Baru semalam?
"Itu
sebenarnya satu pertemuan secara official. Saya mewakili Kementerian untuk
memberi taklimat kepada Tok Guru mengenai dengan penswastaan sisa pepejal, tapi
maklumlah orang politik, bila saya jumpa dengan beliau, ditafsirkan sebagai
perbincangan politik.
"Saya
tak nafikan ada perbincangan politik selepas taklimat yang dibuat oleh pegawai
saya kepada beliau mengenai beliau dapat memperakukan dan mempercepatkan
penerimaan negeri Kelantan kepada usaha kerajaan pusat utk menswastakan sistem
dan juga pungutan sisa pepejal di peringkat negeri Kelantan.
"Tapi
nampak dalam apa nama laporan itu, seolah-olah saya datang adalah untuk
berbincang soal politik, tapi sebenarnya membincangkan soal penswastaan sistem
sisa pepejal bagi pihak Kementerian.
"Walaupun
saya dilemparkan dengan pelbagai kontroversi tapi sebagaimana saya maklumkan
kepada pihak akhbar, saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai Timbalan
Menteri selagi saya tidak dipecat atau selagi saya tidak berhenti. Jadi
kelmarin itu tugas saya sebagai Timbalan Menteri mewakili Kerajaan Persekutuan.
Pemimpin
UMNO minta anda perjelaskan kedudukan sebenar?
"Saya
akan jelaskan pada 29 Julai. Kalau penjelasan, saya telah jelaskan dengan YAB
PM saya telah bertemu dengan YAB PM sejak 20 Disember 2011 sudah 4 kali, TPM
pun sudah saya jumpa.
"Saya
jelaskan, kenapa, why, tapi nampak saya mungkin tidak mendapat respon yang
boleh memberangsangkan kepada rakyat Sabah. Jadi itu sebab saya tidak bertindak
terburu-buru untuk apa nama mengambil keputusan tetapi saya memaklum membuat
laporan dan ssebagainya untuk penambah baikan bagi UMNO dan BN di Sabah tapi
nampak dipandang ringan dan enteng, tiada apa-apa respon dari pimpinan, dan
bukan saja saya, ramai di kalangan pemimpin BN juga di Sabah yang tidak puas
hati dengan cara gaya kepimpinan di peringkat negeri.
"Jadi
ini sudahpun dimaklumkan kepada YAB PM, Presiden UMNO & Pengerusi BN, saya
juga maklumkan kepada YAB TPM dan juga Timbalan Pengerusi BN & Menteri-menteri
Kanan di KL.
"Semua
orang tau, tapi dalam pengertian saya kemungkinan ini laporan kami tak betul
atau palsu. Jadi kalau saya laporan itu tak diterima oleh pimpinan, maka apa
jalan saya, jalan keluar ialah mungkin saya tidak perlu berada dalam satu
kelompok seperti ini.
"Saya
bersedia dengan semua aspek, dari segi fizikal mental dan sebagainya, ini orang
politik memang begitulah.
(NOTA
: Bunyi macam orang yang berhutang judi kini main judi yang lebih besar untuk
selesaikan judi dan mahu terus berjudi dan rugi lagi banyak-banyak.)
perjumpaan Lajim dan Nik Aziz bukanlah perjumpaan politik.
ReplyDeleteTu cuma urusan kementertian saja.
Deletepada 29hb nnti, kita tgk apa yang Lajim akan umumkan.
ReplyDeleteLajim jangan menafikan jika perkara tu benar. harap beliau tetapkan pendirian dan menjawab segala spekulasi yang muncul kebelakangan ni.
ReplyDeleteLajim sudah pun buat keputusan untuk keluar dari BN.
ReplyDeleteKita lihat saja nanti apa yang Datuk Lajim akan lakukan selepas ini.
ReplyDeleteKelemahan mula kelihatan terhadap Datuk Lajim. Jika kita lihat sebelum ini kenapa Datuk Lajim menyertai UMNO, semua itu terjawab kerana Anwar memberikan janji semasa dia menjadi TPM sebelum ini. Dan begitu juga sekarang yang mana Anwar menjanjikan akan memberikan Kerusi Ketua Menteri jika PR menang.
ReplyDeleteIni mungkin ada kelemahan di pihak Kerajaan persekutuan juga yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.
ReplyDelete