BERKUATKUASA 15 Julai lalu,
semua pemegang Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan sedia ada tidak perlu
memperbaharuinya secara tahunan.
Timbalan Ketua Setiausaha
(Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata lesen dan
permit sedia ada yang tamat tempoh selepas tarikh itu akan kekal sah sehingga dibatalkan oleh
kerajaan.
Bagaimanapun bagi lesen dan
permit yang tamat tempoh sebelum 15 Julai, ia perlu diperbaharui, katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Permohonan baru bagi
kedua-dua kategori pula adalah kekal.
Beliau berkata pemegang
Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan hendaklah memaklumkan kepada
kementerian itu jika mereka berhasrat melakukan pertukaran maklumat dalam Lesen
Mesin Cetak dan Permit Penerbitan masing-masing.
Langkah pemansuhan
pembaharuan tahunan Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan adalah selaras
dengan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012, katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment