Oleh : LEE WAY LOON
SEORANG inspektor polis
didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar
dengan salah satu pekerja di Seremban semalam. Kejadian itu dirakam oleh CCTV
hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli
Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan
berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2)
Menurut Loke, inspektor
tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di
sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.
Dipercayai inspektor
tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang
memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa
kepada kejadian tersebut.
Loke memberitahu
Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan
buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua
Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah
menerima laporan berhubung kejadian itu.(MKINI)
Sila tonton Rakaman CCTV BAHAGIAN1 dan BAHAGIAN 2 untuk gambaran
menyeluruh.
No comments:
Post a Comment