TAHNIAH....Abdul
Rahim diringi oleh Maizatul Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UMS Prof
Madya Datuk Dr.Kassim Mansur juga dan Puan Sri Hadijah ketika menyampaikan
sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar yang menyertai program tersebut.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
KOTA KINABALU: Seramai 277 orang pelajar daripada 9 buah kawasan
parlimen di negeri Sabah iaitu Kudat, Sandakan, Silam, Semporna, Beaufort,
Sipitang, Pensiangan, Kota Belud dan Keningau telah menyertai program Program
Selangkah Ke Universiti di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
Program yang berlangsung
selama tiga hari ini dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga
Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dengan kerjasama UMS bertujuan memperkasa rakyat melalui usaha
meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar luar bandar mengenai peluang belajar
di menara gading
Perasmian penutup program
itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri dan
turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UMS Prof Madya
Datuk Dr.Kassim Mansur juga Isteri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Puan Sri Hadijah
Teng Abdullah.
Menurut Pengerusi
Penganjurnya, Datin Maizatul Akmam Alawi objektif program ini dianjurkan bagi
memberikan pendedahan kepada pelajar pelajar sekolah menengah tingkatan 4
dengan alam unversiri untuk memberikan gambaran jelas misi mereka, memberikan
semangat kepada pelajar untuk terus belajar bersungguh-sungguh di samping
menggalakkan pelajar unversiti untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan
"Para pelajar akan
dibawa ke universiti dan menjalani proses penerapan serta pendedahan kehidupan
di kampus. Kumpulan sasar adalah pelajar yang tidak mempunyai ahli keluarga
melanjutkan pengajian di universiti dan mereka yang mempunyai potensi untuk
berjaya," katanya ketika ditemui selepas penutupan program ini di UMS
baru-baru ini.
Tambah Maizatul yang juga
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Sabah, sejak program ini
diperkenalkan pada tahun 2010 lebih dari 6,000 pelajar tingkatan 4 di seluruh
negara dapat menikmati manfaat program ini
Katanya, BAKTI menyedari
hakikat tentang kepentingan pendidikan di negara ini dimana sebuah negara yang
cemerlang memerlukan modal insan yang terlatih, terdidik dan mampan kerana
merupakan strategi jangka panjang bagi membebaskan masyarakat daripada belenggu
kemiskinan.
"Program ini sedikit
sebanyak turut memberikan anjakan paradigma kepada peserta bagi memberi
semangat kepada mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya
memasuki alam universiti dengan lebih yakin," tambah Maizatul.
Sementara itu, ketika berucap
menutup program tersebut, Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat berharap
para peserta akan menjadikan program tersebut sebagai penerapan awal kepada
mereka untuk mengenali universiti secara lebih dekat, sekali gus mencetuskan
azam kepada mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, melalui program
tersebut ia turut membuka mata para pelajar
mengenai peluang-peluang serta kemudahan pendidikan yang disediakan oleh
kerajaan di hadapan mereka.
"Gunakanlah peluang dan
kemudahan yang sedia ada untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan dengan
menyamai sikap serta semangat untuk rajin belajar demi masa depan yang lebih
cemerlang," katanya.
Sambil berharap program ini
dapat diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai pelajar khususnya dari
luar bandar dapat menyertainya.
Abdul Rahim berkata, Program
ini dapat memberikan pendedahan kepada para remaja dengan kehidupan sebenar
sebagai seorang mahasiswa di Universiti, dalam erti, program ini adalah untuk
mendapatkan aura ataupun ‘feel’ kehidupan di kampus sebelum para peserta
bergelar mahasiswa atapun mahasiswi.
program ini baik dalam memberi semangat kepada pelajar agar mereka berusaha untuk sampai ke universiti.
ReplyDeleteHope that this program will give the chances to rural students further their studies to higher levels.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Hopefully more students from out of town will participate in these programs in the near future.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Teruskan usaha mendekati pelajar diluar bandar ke IPT untuk menarik minat mereka untuk mencapai impian tersebut.
ReplyDeleteSemoga semangat para pelajar untuk belajar dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi menjadi semakin berkobar2.
ReplyDeleteSemangat tu perlu ada untuk terus mencapai cita2
DeleteProgram ni memang bagus dan diharap ramai pelajar yang berminat masuk ke Universiti untuk melanjutkan pelajaran.
ReplyDeleteprogram yang baik seperti ini patut dibuka kepada semua pelajar2 di Sabah tidak kira yang lemah mahupun yang berpotensi..
ReplyDelete