Thursday 5 July 2012

SSM ARAH SUARA INISIATIF KEMUKAKAN BUKTI




KUALA LUMPUR : Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), akan diarah mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut, menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata notis mengenai arahan itu akan diserahkan kepada pegawai syarikat itu mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965 bagi memastikan syarikat itu mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965.

Mohamad Shahren berkata kegagalan syarikat itu mematuhi notis untuk menyerah dokumen yang dikehendaki boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Menyentuh mengenai pemeriksaan rutin oleh SSM ke atas premis syarikat itu, di Gasing Indah, Petaling Jaya semalam, Mohamad Shahren berkata ia dibuat mengikut Seksyen 7B (1) Akta Syarikat 1965 yang membenarkan pegawai pemeriksa SSM memasuki mana-mana premis perniagaan untuk tujuan itu.

Beliau menegaskan SSM tidak perlu mempunyai waran untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadap syarikat itu, dan waran hanya akan dikeluarkan sekiranya pihak SSM ingin melakukan siasatan terhadap premis itu. (Bernama)

No comments:

Post a Comment