KUALA LUMPUR : Wang tunai
berjumlah RM1.17 juta di dalam empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1
pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, dilarikan penjenayah awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah
Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata kejadian disedari seorang pengawal
keselamatan pada pukul 7 pagi semasa membuat rondaan dan mendapati kamera litar
tertutup (CCTV) di kawasan mesin ATM itu telah dialihkan.
Melihat kesan tebukan pada
keempat-empat mesin ATM berkenaan, pengawal keselamatan itu bertindak
melaporkan kepada polis.
Othman berkata berdasarkan
siasatan awal rakaman CCTV, kejadian pada pukul 3.06 pagi itu dilakukan
sekumpulan penjenayah yang memakai topeng muka dan menggunakan alat pencair
besi (oxy-gas) bagi menebuk keempat-empat mesin ATM itu.
"Kami percaya ia dilakukan
sekumpulan penjenayah yang cukup profesional dan perancangan mereka amat
rapi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Othman berkata polis kini
memburu kumpulan penjenayah terbabit berdasarkan rakaman CCTV di tempat
kejadian.
Beliau turut meminta orang
ramai yang mempunyai maklumat segera menghubungi balai polis berdekatan bagi
membantu siasatan. (Bernama)
No comments:
Post a Comment