Oleh
: PAPARAZZI SABAHKINI.NET
SEJAK
diikat jamin pada 8 April 2012, (Bekas) Pengerusi Ko-Nelayan dan Adun Sekong,
Datuk Samsuddin Yahya belum didakwa ke Mahkamah Syariah Kota Kinabalu setelah 'ditangkap
basah' oleh Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) di Hotel
Hyyatt Kinabalu pada malam 7 April 2012.
Paparazzi
dimaklumkan bahawa 'Datuk S' @ Samsuddin yang kisah kes khalwatnya disiarkan dalam
Sabahkini.net bertajuk 'Datuk 'S' Ditangkap Khalwat?' diberkas ketika sedang
memadu kasi dengan pasangannya yang bukan beragama Islam setelah kumpulan
serpihan UMNO Batu Sapi membuat laporan setelah melakukan intipan selama lapan
jam.
Percubaan
Paparazzi untuk menghubungi Ketua Penguatkuasa JHEAINS dan Polis yang
mengiringi serbuan gagal kerana mereka enggan memberikan sebarang komen dan
memberitahu tunggu pendakwaan di mahkamah kerana kes berprorail tinggi seperti
ini dikendalikan pegawai yang lebih tinggi.
Pemeriksaan
Paparazzi di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu juga mendapati tidak ada kes Datuk
S dipaparkan di papan kenyataan Mahkamah Syariah seperti kes jenayah syariah
lain.
Pendaftar
Mahkamah Syariah juga enggan memberikan sebarang maklumat melainkan berkata di luar
bidang kuasa beliau memberikan sebarang kenyataan media dan kes masih dalam
siasatan JHEAINS.
Paparazzi
sempat menjalankan semakan di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu dengan bantuan
seorang petugas mahkamah bahawa mengikut Seksyen 84 (1), Enakmen 3, Bahagian IV,
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995, menjelaskan bahawa;
"Seseorang
lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau
bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana
tempat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya selain daripada isterinya
adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali."
Mengikut
maklumat yang diterima, Datuk S memberitahu para pengikutnya agar tidak bimbang
kerana Ketua Menteri Sabah telah menutup kes khalwatnya dan memberi beliau
peluang menjadi calon DUN Sekong sepenggal lagi dan meneruskan jawatan Pengerusi
Ko-Nelayan sekalipun surat penyambungan kontraknya belum diserahkan sehingga
hari ini.
Bagaimanapun
usaha untuk menghubungi Ketua Menteri gagal kerana sibuk dengan program Berbuka
Puasa dan Sembahyang Tarawih sepanjang ramadan.
Paparazzi juga dihubungi pihak tertentu yang ingin menjual gambar Datuk S bersama beberapa wanita yang menjadi mangsanya, termasuk anak rakannya dari Semenanjung Malaysia. Pihak berkenaan juga mendakwa memiliki mereka Video Seks Datuk S yang mereka rakam dengan kerjasama pekerja Hyyatt Kinabalu.
Bagaimanapun harga yang mereka minta agak mahal, RM50,000; melainkan ada pihak yang ingin menaja, terutama musuh politiknya.
Paparazzi juga dihubungi pihak tertentu yang ingin menjual gambar Datuk S bersama beberapa wanita yang menjadi mangsanya, termasuk anak rakannya dari Semenanjung Malaysia. Pihak berkenaan juga mendakwa memiliki mereka Video Seks Datuk S yang mereka rakam dengan kerjasama pekerja Hyyatt Kinabalu.
Bagaimanapun harga yang mereka minta agak mahal, RM50,000; melainkan ada pihak yang ingin menaja, terutama musuh politiknya.
kes ini mungkin masih dalam siasatan dan jika ditutup pn pasti ada alasan rasional.
ReplyDeleteGelaran Datuk tidak patut menjadi satu kelebihan untuk tidak dikenakan tindakan undang2.
ReplyDeleteNo one is above the law.
DeleteI'm sure the Syariah Court will judge this case accordingly.
ReplyDeleteSebaiknya siasatan dibuat.
ReplyDeleteUndang-undang tetap dilaksanakan untuk kes sebegini.
ReplyDeleteSetiap rakyat tidak boleh terlepas dengan undang2
Deletewow!!! ini isu panas. Kisah Datuk S masih lagi menjadi sensasi.
ReplyDelete