KUALA LUMPUR : Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk
membuktikan keberkesanan menangani rasuah di negara ini, kata Anggota
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Datuk Abdul Rahman Dahalan.
Beliau berkata sebagai
rujukan, Badan Pencegah Rasuah yang paling terkenal di dunia seperti
Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong juga memerlukan sekitar
10 tahun sebelum membuktikan kejayaan dan keberkesanan operasi mereka.
"Saya rasa kita tidak
perlu ambil masa sampai begitu lama untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi
anti rasuah yang berkesan. Rakyat hanya perlu memberi sokongan moral kepada
SPRM sekarang," katanya di dalam entri terbaru blognya.
Abdul Rahman, yang dilantik
untuk penggal kedua sebagai anggota jawatankuasa berkenaan berkata sepanjang
penggal pertama, beliau mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai
perjalanan SPRM dan fenomena rasuah di negara ini.
Antara cadangan lain yang
masih dalam perhatian kerajaan ialah memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM tanpa
perlu melalui Peguam Negara dan cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan
Parlimen secara langsung dan bukannya Jabatan Perdana Menteri. (Bernama)
SPRM mmg badan pencegah rasuah yang efisien dalam banteras rasuah.
ReplyDeletememberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM adalah suatu cadangan yang baik. biar kes dapat selesai dengan cepat.
ReplyDeletediharap SPRM dapat meningkatkan kualiti kerja mereka
DeleteSPRM perlu melaksanakan tanggungjawab dengan amanah
ReplyDeleteSemoga SPRM dapat mencontohi ICAC Hong Kong.
ReplyDeleteBetul..SPRM perlu mencontohi yang lebih terbaik dari SPRM sendiri. Ini bagi memberikan semangat kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka.
ReplyDelete