Wednesday 25 July 2012

BN SABAH BELUM TERIMA SURAT BUMBURING




BN SABAH masih belum menerima laporan berhubung peletakan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran, semalam.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata beliau belum menerima sebarang laporan mahupun surat peletakan jawatan itu kerana berada di Kuala Lumpur.

"...yang penting usaha kita untuk menolong dan membantu rakyat khususnya  yang tinggal di luar bandar, itu yang kita mesti utamakan iaitu pembangunan yang mahu kita bawa di setiap pelusuk negeri Sabah. 

"Jadi saya minta kawan-kawan, rakan-rakan semua daripada BN dan Umno supaya terus mengeratkan lagi kerjasama supaya apa jua program, projek yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik untuk memberi manfaat maksimum kepada seluruh rakyat negeri Sabah," katanya.

Musa ditemui pemberita selepas mewakili Perdana Menteri dan isteri menyerahkan air zam-zam, buah kurma dan jubah kepada masjid-masjid dan imam sempena bulan Ramadan di Kota Kinabalu, kelmarin.

Sehubungan itu, Musa meminta semua jentera pilihan raya BN supaya terus bekerjasama dan bersiap-siaga bagi memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Tuaran Datuk Hajiji Noor menyifatkan peletakan jawatan Bumburing bersifat peribadi dan Umno Tuaran akan terus bekerja keras untuk mempertahankan kawasan berkenaan.

"Saya belum berjumpa dengan dia, apa pun itu adalah keputusan peribadi beliau dan kita kena hormat. Kita tunggu perkembangan selanjutnya tapi saya ingin menyatakan bahawa BN Tuaran akan terus kita perkuatkan," katanya.

Semalam, Bumburing dilaporkan berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran pada pukul 1 petang, Ahad ini. (Bernama)


18 comments:

  1. walaupun surat belum diterima, tapi Bumburing mmg telah meletak jawatan sebagai pengerusi BN Tuaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perletakan jawatan beliau sebagai pengerusi BN kawasan Tuaran telah berkuatkuasa bermula 23 Julai.

      Delete
    2. Terima hakikat bahawa Bumbering akan keluar dari Bn.

      Delete
  2. apa2 keputusan Bumburing lakukan kenalah diterima.

    ReplyDelete
  3. Lepas ni KM pasti akan menerima surat perletakan jawatan tu. ahad ni pun Bumburing akan buat satu lagi kejutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. typical of politicians to make surprises.

      Delete
  4. publicly he said he wants to quit but he still haven't tender his resignation.

    ReplyDelete
  5. its about time for him to retire from politics and let younger candidates take over.

    ReplyDelete
  6. Bukannya Bumberign memberi impak besar mana pun. Teruskan usaha dan perjuangan untuk membangunkan ekonomi Sabah lebih diperlukan.

    ReplyDelete
  7. Sekarang Bumbering disiasat kes rasuah?

    ReplyDelete
  8. Semoga Bumbering akan terus berusaha untuk memperjuangkan kebajikan untuk rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Tunggu sahaja pengumuman dari Bumberign sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti kita akan tahu pengumuman seterusnya dari Bumburing

      Delete
  10. Bumbering cuma nak promosikan sendiri. Kalau betulnya nak keluar, keluar dengan cepat dan teruskan usaha.

    ReplyDelete
  11. Kerjasama antara ahli Umno BN sangat penting dalam memperjuangkan parti.

    ReplyDelete
  12. Yang pasti Bumburing pasti akan keluar parti BN juga.

    ReplyDelete
  13. Bumburing telah pun mengumumkan yang beliau keluar parti BN dan telah pun juga memberikan surat perletakkan kepada KM Sabah.

    ReplyDelete