PUTRAJAYA : Umno telah
mengerakkan kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera
bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Ketua Penerangan Umno
Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini
telah membuat keputusan untuk mengaktifkan PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan
20,000 cawangan di seluruh negara.
"Kita telah memberi
taklimat kepada semua Ketua Penerangan Umno Negeri untuk mengadakan pelbagai
program sepanjang bulan Ramadan ini. Umno pusat akan menyalurkan peruntukan
untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti termasuk berbuka puasa dan bersahur.
"Jentera bahagian Umno
telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada
bila-bila masa. Sehubungan itu Umno mengaktifkan PDM sebagai persediaan untuk
menghadapi pilihan raya," katanya kepada pemberita
selepas mengadakan Majlis Nur Ramadan di kediamannya di Presint 10 di sini.
Kira-kira 100 anak-anak yatim
dari Rumah Amal Belaian Kasih, Hulu Kelang, Rumah Anak Yatim, Miskin, Shifa,
Setapak dan Rumah Kebajikan Al-Nasuha, Gombak hadir pada majlis tersebut.
Ahmad berkata setiap
bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengambil satu PDM sebagai anak angkat
untuk memastikan jentera parti mendekati pengundi di peringkat akar umbi. (Bernama)
No comments:
Post a Comment