Friday 15 October 2010

“I LOVE ELOPURA!”



GOTONG-ROYONG…..Kelihatan Au turut serta dengan para penduduk taman Kam Jai Yen dalam program gotong royong.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia dengan kerjasama Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Elopura telah melancarkan kempen kebersihan yang bertemakan, ‘I LOVE ELOPURA’ dengan tujuan untuk menceriakan suasana keindahan di taman-taman perumahan di kawasan Elopura.

Kempen kebersihan tersebut yang dimulakan pada 9 Oktober lalu yang di langsungkan di Taman Kam Jai Yen dan akan diteruskan ke taman-taman berikutnya, seperti Taman Sunny Estate, Taman Grand View, Taman Chrysanthemum dan Taman Yen Seng.

Sementara itu, kawasan taman peranginan dan kawasan bangunan perindustrian juga terlibat dalam kempen kebersihan itu tetapi akan dijalankan pada tahun hadapan.

Dalam ucapan perasmiannya, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Elopura Au Kam Wah antara lain menjelaskan konsep ‘I Love Elopura’ pernah dilancarkan dan dilaksanakan beberapa tahun lalu serta mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk setempat.

“Rentetan daripada kempen sedemikan yang mendapat sambutan daripada penduduk terbabit, maka program ini terus dipertingkatkan dengan tujuan untuk mencantikkan dan menghargai keindahan alam sekitar,” jelasnya Au.

Selain untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan keindahan di kawasan taman-taman tersebut, Au menjelaskan pihaknya juga sedang membuat kajian terperinci untuk mempertingkatkan aspek prasarana agar dapat dinikmati rakyat di kawasan Elopura pada tahun hadapan.

“Saya merayu dan memohon kerjasama sepenuhnya daripada para penduduk di kawasan taman perumahan dan kawasan bangunan perindustrian supaya sentiasa menjaga kebersihan dari semasa ke semasa. Jadikanlah ia satu tabiat dan budaya serta amalan menjadi kebersihan di sekeliling kawasan masing-masing,” tegasnya.

Katanya tanpa kerjasama dan jalinan mesra para penduduk setempat, maka program kebersihan seumpama ini tidak akan berjaya.

Sebagai penduduk yang cintakan keindahan dan kedamaian, maka Au meminta mereka menghulurkan tenaga untuk sama-sama mengambil bahagian dalam penjagaan kebersihan di kawasan perumahan demi kesejahteraan penduduk sejagat.

No comments:

Post a Comment