Oleh: ISMAILY BUNGSU
DULU, semasa jadi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, bagaikan ‘tidak berlidah’ kerana tidak berbicara langsung soal ‘20 perkara’ dan ‘Autonomi’; lalu kenapa bagaikan orang terkena ‘sawan’ mula bercakap dan menghina BN dan segala macam tidak adil?
Apakah Yong berangan sekali lagi menjadi ‘CM’ seperti katanya, ‘Chief Minister In The Waiting’? Kasihan benar rakyat melihat ‘kesawanan’ Yong. Janganlah, serta cukuplah merasa enaknya jawatan itu ketika ikut giliran dan kalau tiada giliran pasti kempunanlah jadi Ketua Menteri.
Sekarang kepingin pula mahu menduduki kerusi tersebut tanpa melihat di Sabah ini majoritinya siapa? Angan-angan ‘Mat Jenin’ Yong bakal terjatuh sendirinya nanti.
Kalau menangpun, apa yang Yong boleh lakukan? Paling tidak, dia akan kembali ke pangkuan BN dan dijanjikan dengan bermacam jawatan. Apatah lagi, baru-baru ini kerajaan Malaysia telah melantik adiknya sebagai Penasihat Ekonomi antara Malaysia dan Taiwan.
Apa maksudnya kerajaan melantik adiknya, seolah-olah tidak ada orang lain di Sabah yang lebih berkelayakan selain adiknya? Bukankah jelas, ada udang bersembunyi di sebalik batu. Apakah beliau berfikir rakyat Sabah tidak cukup mengerti akan keadaan ini?
Nah, apa pula untungnnya kalau undi Pakatan? Haji Ansari bertanding bukan atas nama Tuaran atau dirinya, tetapi dia bertanding atas nama rakyat Sabah terutama yang tinggal di Batu Sapi.
Apakah Hj Ansari kalau menang jadi menteri? Tidak, kerana PRK ini bukan mahu tubuhkan kerajaan, tetapi mahukan wakil rakyat yang boleh bersuara di parlimen. Haji Ansari seorang peguam dan berpengalaman dalam politik; cuma belum pernah menjadi wakil rakyat kerana dia bertanding secara jujur, tanpa mengguna wang rasuah dan rakyat Sabah belum terbuka lagi mata dan minda disebabkan ringgit selalu mengaburi mata mereka.
Bila pakatan ada wakil, maka Kerajaan Persekutuan tidak akan semudah itu membodohkan rakyat Sabah sehingga jadi miskin dan suara Haji Ansari nanti adalah suara rakyat Sabah yang mahukan pembangunan dilaksanakan secara jujur dan bukan tipu alias dibohongi sehingga Sabah cukup terhina menjadi termiskin, padahal kaya dan demikian juga pendidikan paling tersorot di Malaysia.
Kesimpulannya, Hj Ansari rela turun ke padang dengan tujuan semata-mata mahu berkhidmat dan akan membebankan beliau dengan tugas yang cukup berat. Inilah yang harus difahami oleh pengundi Batu Sapi dan kalau ini juga ditolak, dengan memilih calon SAPP, maka ini bermakna penduduk Batu Sapi suka dibuli dan dijadikan rakyat termiskin dan bukan saja miskin tetapi papa kedana dan meminta-minta nantinya.
No comments:
Post a Comment