Sunday 31 October 2010

USNO VS USBO DI PRK BATU SAPI?



Saudara Pengarang,

SEMAKIN hampir tarikh pengundian 4 November 2010, nampaknya perlawanan di Parlimen Batu Sapi semakin ketara bukan lagi perlawanan di antara parti Politik Gergasi dari Semenanjung Malaysia iaitu BN dan PKR, tetapi lebih dilihat sebagai perlawanan dua kumpulan besar di Sabah di kalangan Pendokong USNO Pimpinan Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun dan USBO Pimpinan Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said.

Ex-USNO pimpinan Datu Badaruddin Tun Mustapha, sebelum ini telah mengistiharkan pendirian mereka untuk menyokong calon pembangkang nampaknya amat serius untuk turun padang dan berkerja keras memenangkan Calon SAPP dan Calon PKR dalam perlawanan tiga penjuru itu.

Perpecahan sokongan mantan USNO kepada dua parti pembangkang itu dilihat bukan menjadi pengukur bahawa pembangkang berpecah tetapi adalah langkah strategi mereka untuk menghadapi PRU 13 akan datang.

Pendokong USNO yang telah terbahagi 4 kumpulan iaitu, USNO 2006 pimpinan Perais Sharif Baba (Kota Belud) bersama veteran UMNO Datuk Karim Ghani (Papar) telah membuat keputusan untuk menyokong Calon PKR dari Pakatan Rakyat.

Sementara Kelab USNO Sabah dan USNO Baru pimpinan Ridi Alawangsa (Kinabatangan) dan Haji Said Senang (Tawau) mantan Ketua Bahagian Kinabatangan dan mantan Pengerusi USNO Zon Sandakan sebelum USNO dibubarkan memberikan sokongan kepada Calon SAPP Datuk Yong Teck Lee.

USBO pula yang menjadi pendokong BN Sabah di bawah kepimpinan Salleh Mantan Ketua Menteri Sabah dan jenteranya telah dikerahkan ke Batu Sapi untuk memberikan sokongan dan berkerja keras memenangkan Calon BN di sana.

Saiwar atau Perang Saraf antara USNO Vs USBO ini dilihat sebagai satu perlawanan hebat di alangan Suku majoriti di Sabah iaitu Bajau Suluk yang menjadi pengundi di kawasan berkenaan.

Namun Ex-USNO pimpinan Datuk Badaruddin Tun Mustapha yang sebelum ini mengisytiharkan untuk menyokong calon pembangkang sama ada Pakatan dan SAPP nampaknya belum lagi bergerak atau mengerakkan jentera ke kawasan berkenaan sehingga ini, selain daripada membuat kenyataan akhbar.

Ex-USNO pimpinan Badaruddin dilihat adalah satu kumpulan yang lebih mantap dan kuat mempunyai wakilnya di Zon Sandakan yang ditubuhkan semenjak tahun 2007 dengan jawatankuasa teratur di peringkat Palimen, Dun dan Daerah Mengundi di Batu Sapi sedang ditunggu kemunculannya di saat-saat akhir ke mana arah tuju di antara dua calon pembangkang yang mereka akan sokong.

Walaubagaimanapun mengikut laporan tidak rasmi pendokong USNO pimpinan Badaruddin Tun Mustapha telah berkampung di Batu Sapi semenjak penamaan calon tetapi belum mengerakkan jentera mereka sehingga sekarang selain memerhati dan meninjau suasana perlawanan sekarang.

Dengan kemunculan kumpulan USBO sejak satu dua hari ini di Parlimen Batu Sapi kemungkinan besar ‘Back-Up’ kumpulan USNO yang meninjau sejak hari penamaan calon itu akan digerakkan dalam masa terdekat ini bagi memastikan kemenangan calon pembangkang di Batu Sapi pada 4 November 2010.

Tiga Senario akan berlaku pada pilihanraya kecil kali ini. Pertama jika BN Menang tetapi tidak dapat ‘simple majoriti’ 50% undi; Kedua BN menang dengan Majoriti 51% undi dan ketiga antara satu calon pembangkang akan menang.

Senario itu akan membolehkan pihak pembangkang Sabah mengatur strategi PRU13 nanti yang mungkin diambil oleh Mantan USNO pimpinan Datu Badaruddin Tun Mustapha.

Sekian, Salam Hormat.

PEMERHATI PILIHANRAYA BATU SAPI.

No comments:

Post a Comment