Thursday, 28 October 2010

SABAHKINI : BLOG PEMBANGKANGKAH?



Saudara Pengarang,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon penjelasan berkenaan status Sabahkini.net. Adakah blog ini anti-kerajaan atau sebaliknya?

Berdasarkan pemerhatian saya, Sabahkini.net tidak banyak bezanya dengan blog-blog pembangkang yang lebih banyak mengagungkan pembangkang dan lebih banyak memperkecilkan kerajaan. Jauh berbeza sekali dengan blog PERKASA yang saya rasa lebih bersifat neutral.

Atas penggunaan nama Sabah dalam Sabahkini.net, saya rasa perlu untuk menjelaskan kepada masyarakat luar sana, bukan semua pendapat dalam Sabahkini.net adalah pendapat rakyat Sabah. Malah mungkin bukan majoritipun.

Harap pengurusan mengambilkira pandangan berkenaan hal ini.

Terima Kasih.

MAZLIE NORINAH

(NOTA : Sabahkini.net adalah akhbar portal di Sabah yang melaporkan 99.99% berita Sabah, sama ada berita pembangkang atau kerajaan. Sekiranya ia memperjuangkan hak rakyat, masa kita klasifikasikannya sebagai ‘hak rakyat’; tidak kira sama ada yang menulis berita berkenaan pembangkang atau BN. Kita tidak pro kepada sesiapa tetapi kita pro kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Jangan marah Sabahkini.net jika menyiarkan hampir semua berita daripada pembangkang kerana pemimpin Pro-Kerajaan telah melabelkan Sabahkini.net sebagai akhbar pembangkang; melainkan mereka yang bijaksana dan tahu menilai jati diri sesebuah portal. Jangan Pancung dahulu baru bicara, sebaliknya bicara dahulu, barulah jatuhi hukuman! Kepada para pemberita di luar sana, sila kirimkan artikel asal berhubung ‘Public Interest’ dan bukannya berita publisiti murahan seperti penyampaian sekeping zing atau derma piala.)

No comments:

Post a Comment