Monday 25 October 2010

MASALAH TEKNIKAL DI PMU KARAMUNSING



Oleh: CHENDERAMATA HAJI SINTEH

PADA jam 2.05 petang kelmarin, 24 Oktober 2010, kawasan sekitar Luyang telah mengalami gangguan bekalan elektrik ekoran masalah teknikal di luar jangka di Pencawang Masuk Utama (PMU) Karamunsing.

Jabatan Perlindungan Dan Telekawalan SESB sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenalpasti punca sebenar masalah teknikal tersebut bagi mengelak ianya berulang di masa hadapan.

Antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti mengalami gangguan bekalan adalah sekitar kawasan Karamunsing, Wisma SESB, Luyang, Jalan Tuaran dan Centre Point.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 3.00 petang pada hari yang sama.

Pihak SESB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna ekoran kejadian ini.

No comments:

Post a Comment