Sunday, 31 October 2010

NAHALAN UMPAMA SAMPAH HANYUT?



JENTERA… James (empat dari kiri) bergambar dengan pegawai-pegawai Jentera Gerakan Pilihanraya Parlimen Batu Sapi

Oleh : SHAIMON S JUMADI Jurufoto : JUN PACIFICO

KETUA Bahagian UMNO Beluran, James Ratib menyifatkan kemasukan mantan ahli BERJAYA, PBS, UMNO, PKR Datuk Hj Nahalan Hj Damsal yang kini melompat dan menyertai Parti Maju Sabah (SAPP) adalah membawa bala dan malapetaka kepada SAPP sahaja.

“Hakikatnya, Nahalan bukan seorang pemimpin yang baik ataupun berkarisma, malah beliau merupakan seorang ahli politik yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan,” kata James kepada Ketua Biro Sabahkini yang menyifatkan Nahalan sebagai ‘sampah hanyut’ dari parti ke satu parti, semasa beliau berada di Markas Gerakan Jentera Pilihanraya Parlimen Batu Sapi tajaan UMNO Beluran di sini kelmarin.

Orang sudah tahu siapa Nahalan sebenarnya. Orang sebegini, kata James, tidak mempunyai pendirian dan beliau hairan kenapa Datuk Yong Teck Lee begitu mudah menerima Nahalan untuk menjadi ahli SAPP di musim pilihanraya ini dan bukan sebelumnya.

Disoal mengenai calon BN bagi Parlimen Batu Sapi dari koata PBS, James menjelaskan ia merupakan pemilihan pucuk pimpanan atasan yang paling tepat; lagipun Datin Linda Tsen Thau Lin adalah seorang ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) yang memegang jawatan sebagai Naib Wanita PBS pusat dan berkelayakan.

Katanya lagi, peluang besar calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan semula kerusi Parlimen Batu Sapi adalah amat cerah ekoran 500 orang ahli SAPP yang membabitkan 5 buah cawangan di Kampung Lupak Meluas Laut telah keluar beramai-ramai menyertai BN/UMNO dan borang kemasukan keahlian telah diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO Malaysia Tan Seri Muyiddin Yassin.

James menyifatkan ahli-ahli SAPP yang keluar dan menyertai BN/UMNO merupakan tindakan yang bijak dan menunjukkan Yong ‘dikencing’ di hadapan pengikutnya sendiri ketika beliau menggelarkan dirinya ‘Chief Minister in Waiting’.

Seandainya rakyat Batu Sapi membuat pilihan yang tepat dengan memilih Datin Lin Tsen, kata James, sudah tentu beliau akan dapat meneruskan perjuangan mendiang suaminya yang belum selesai untuk membangunkan Batu Sapi dengan lebih pesat lagi; terutama sekali mereka yang tinggal di pesisir pantai.

No comments:

Post a Comment