Saturday 30 October 2010

UMNO BELURAN BUKA MARKAS



SEMANGAT…..James Ratib bergambar dengan pegawai dan petugas jentera pilihanraya parlimen Batu Sapi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Jurufoto: JUN PACIFICO

UNTUK mempastikan calon Barisan Nasional mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi yang ditentang calon SAPP dan PKR, UMNO Bahagian Beluran yang diketuai Ketua Bahagiannya, James Ratib telah membuka markasnya sendiri di Bandar Leila, Sandakan.

James yang sempat ditemuramah oleh wartawan Sabahkini.net menjelaskan, “Walaupun UMNO Beluran bukan kawasan yang sama, tetapi kami bernaung di bawah satu gagasan, BN, jadi ia adalah komitmen kami membuka markas bagi membantu menyemak daftar pemilih dan memperkukuhkan jentera kempen.”

Kata James, ini adalah semangat setia kawan di dalam BN demi untuk memastikan rakan di dalam BN mempertahankan kubu tradisi BN iaitu Batu Sapi yang sedang rancak dibangunkan ketika diwakili mendiang Datuk Edmund Chong Ket.

Ditanya mengenai cabaran parti-parti pembangkang seperti SAPP dan PKR (Gagasan Rakyat) James berkata pihaknya dan BN Sabah sudah sepakat menterjemahkan kemenangan berpihak kepada calon BN sekalipun menghadapi rintangan sengit.

“BN ada formula dan kita akan hadapi apa juga cabaran kerana kita yakin Ketua Menteri Sabah mempunyai jalan keluar bagi menyelesaikan isu tertunggak yang digembar-gemburkan pembangkang dan ia bukannya isu pokok yang memaksa rakyat menolak BN,” kata James yang enggan mengulas kedudukan dua calon pembangkang kerana ingin memberikan tumpuan kepada kemenangan calon BN.

BN, kata James adalah gagasan terbaik bagi menyelesaikan apa juga masalah rakyat tanpa perlu mengadakan debat terbuka kerana bukan forum yang sesuai untuk membincangkan masalah Sabah yang melibatkan legislative; melainkan pembangkang yang tidak lagi mempunyai modal untuk menumpaskan BN dengan taktik lapuk mereka.

No comments:

Post a Comment