Thursday 28 October 2010

KKTP KEKALKAN 50 SEN SEKAKI PERSEGI



KERAJAAN negeri Sabah mengekalkan bayaran berniaga di kaki lima di Sandakan pada kadar 50 sen bagi setiap kaki persegi, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan Dewan Perniagaan Cina Sandakan dalam satu pertemuan di sini.

“Kita, kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar cadangan dan pandangan rakyat terutama di Sandakan ini. Dengan itu bayaran 50 sen untuk satu kaki persegi yang dikenakan kepada peniaga berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat cadangan menaikkan bayaran itu kepada RM5 bagi setiap kaki persegi.

Mengulas isu berlainan, Hajiji berkata sebanyak 500 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Kampung Lupak Maluas di Batu Sapi tidak lama lagi.

Majlis pecah tanah projek akan dilakukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun, katanya.

No comments:

Post a Comment