PENGKHIANAT.... Dua pengkhianat ini merupakan Agen parti politik kerajaan yang selama ini menjadi duri dalam daging PKR. Amir (duduk kanan) dan Abdullah (berdiri kanan) sebelum ini kononnya menyokong Ansari, tetapi sokong membawa rebah.
Saudara Pengarang,
SEBAGAI Setiausaha PKR Cabang Batu Sapi, saya ingin menjelaskan bahawa Cabang ini masih wujud dan sah sekalipun telah ditinggalkan beberapa orang pemegang jawatan dan ahli baru-baru ini.
Jawatankuasa Cabang Batu Sapi mempunyai 28 orang anggota.10 anggota lantikan, 5 daripadanya AJK; 2 Naib Ketua Cabang; 1 Setiausaha; 1 Bendahari dan 1 Ketua Penerangan. Kesemua jawatan telah diisi mengikut kehendak perlembagaan parti, setelah selesai mengadakan MATC pada 25 September 2010.
Mesyuarat Cabang PKR Batu Sapi yang pertama pada 26 September 2010 di kediaman Ketua Cabang dan dalam mesyuarat tersebut Ketua Cabang telah melantik kesemua jawatan yang kosong dan mendapat persetujuan sebulat suara yang hadir tanpa bantahan
Kalaupun Abdullah dan Amir serta lima orang AJK keluar mengkianat Parti, Cabang PKR Batu Sapi masih cukup korum seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, tidak semestinya membubarkan cabang kerana masih mempunyai 21 orang anggota dan masih ada 2/3 jawatankuasa cabang yang wujud.
Ketua Cabang sudah mengetahui strategi parti lawan daripada awal lagi, iaitu kedua dua penama ini adalah agen parti politik Nasional yang tidak ada maruah dan sanggup menjual dan mengadai diri mereka seperti pelacur atau gigolo.
Pada Pilihanraya 2008, Abdullah dan Amir Bak ini sudahpun menyertai sebuah parti politik dan telah dibeli dengan harga RM25 ribu ringgit. Para pemimpin politik tersebut beranggapan ketika itu, inilah harga maruah kedua-dua pengkianat tersebut.
Saya juga tahu orang yang memainkan peranan memperdagangkan pelacur politik ini ialah Roslan Nasrun iaitu mantan Calon PKR Parlimen Batu Sapi pada PRU 2004 yang telah dibeli dengan harga RM 150 ribu .
Saya cabar para pengkianat ini, kalau berani saman saya di mahkamah dan saya akan buktikan dan dedahkan bukti yang saya ada!
Salam Hormat,
ZAINUDDIN HASSAN
Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi.
No comments:
Post a Comment