Tuesday 26 October 2010

PELUANG BERBAKTI DI MAJLIS GABI ST JOHN



KUNJUNGAN.....kelihatan Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah, Hajjah Maimunah Suhaibul (tengah) bergambar bersama sebahagian Jawatankuasa PIBG St Johan Tuaran termasuklah Pengerusinya Haji Ghulabdin (ketiga dari kiri), Helen Gasat (Guru Besar) dan Timbalan Pengerusi, Raimah Abdul Rahman (kedua dari kanan).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MAJLIS Makan Malam sambil beramal anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St. John Tuaran yang akan diadakan pada jam 7 malam, 2 November ini di Bilik Utama 1 Borneo Kota Kinabalu, mengalu-alukan sokongan semua pihak termasuklah pemimpin tempatan, peniaga, syarikat swasta, bekas pelajar, ibu bapa dan orang ramai untuk membeli tiket dan membeli meja yang sedang dijual sehingga tarikh tutupnya pada 30 Oktober ini.

Pengerusi PIBG SK St John Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih memberitahu demikian selepas mengadakan dua kunjungan terhormat terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Hajjah Maimunah Suhaibul di pejabatnya di Rumah Persekutuan Kota Kianabalu dan Pengurus Besar Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN), Haji Junian Haji Yunus di Pejabat KOSAN Likas dekat sini pada pagi tadi.

Majlis Makan Malam Amal tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan dana bagi mengisi tabung PIBG yang akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai agenda pendidikan termasuklah melengkapkan beberapa kemudahan serta prasarana pendidikan di sekolah tersebut.

SOKONGAN......kelihatan Pengurus Besar KOSAN, Haji Junian Yunus (tengah) sedang bergambar bersama sebahagian jawatankuasa PIBG SK St John Tuaran untuk menyokong Majis Makan Malam sekolah tersebut.

"Sejajar dengan begitu perlunya sekolah kami mendapatkan kewangan, maka saya bagi pihak PIBG di sini merayu sokongan dan bantuan semua pihak untuk membeli meja-meja makan malam yang dianggarkan sebanyak 100 buah dengan harga bermula RM100 hingga ke RM80 setiap satu kerusi," kata Ghulabdin.

Ghulabdin menyatakan persiapan untuk menjayakan Majlis Makan Malam itu yang diketuai oleh Pengerusi Penganjurnya, Puan Helen Gasat yang juga Guru Besar SK St John Tuaran sedang giat dijalankan termasuklah untuk menentukan semua persembahan Tarian, Fesyen dan cabutan tiket bertuah dapat dijayakan.

Beliau selanjutnya memperakui Majlis Makan Malam Amal tersebut akan lebih berseri dan meriah dengan kesedian Penyanyi Tekenal Sabah seperti Peter Dicky Lee, Abu Bakar Elah, Atama, Rene Barrow dan pertunjukan fesyen pakaian yang akan dijayakan oleh Pengusaha Batik Daerah Tuaran, Rothman Buntar.

"Selain dari persembahan hiburan para tetamu yang hadir serta orang ramai akan berpeluang menerima hadiah menarik yang akan mereka menangi melalui cabutan tiket bertuah yang akan diadakan kelak," kata Ghulabdin lagi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman dijangka akan menjadi tetamu kehormat bersama beberapa orang pemimpin lain termasuklah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap kejayaan Majlis Makan Malam Amal ini termasuklah kesudian Hajiji, Jahid dan Bumburing serta tetamu lain untuk menjayakan majlis tersebut kelak," kata Ghulabdin yang mengakui sekolah itu telah ramai melahirkan insan-insan berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing termasuklah sebagai pemimpin politik dan peniaga.

No comments:

Post a Comment