Wednesday 27 October 2010

KETUA PEMUDA UMNO BATU SAPI BIADAP?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

WALAUPUN Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said telah menegur sikap pemimpin UMNO yang lupa diri dan melakukan perbuatan yang mengguris hati rakyat di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, namun tidak langsung memberi kesan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Bin Akbar Khan.

Kelmarin, 26 Oktober 2010, semasa hari penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi, Media Arus Perdana hanya melaporkan dan menuduh pengikut Pakatan Rakyat sebagai “Degil, enggan memberi kerjasama” kerana mengunakan pembesar suara; walhal tidak ada dalam peraturan yang menyatakan dilarang menggunakan pembesar suara.

Bagaimanapun, media arus perdana tidak melaporkan berita tentang Pemuda UMNO dan penyokong UMNO yang menceroboh masuk tanpa menggunakan PAS yang dikeluarkan oleh SPR ke kawasan Penamaan calon menyebabkan pemuda pemuda UMNO yang diketuai Oleh Ketua Pemuda Batu Sapi dan ramai lagi pemuda UMNO ini masuk ke kawasan yang dikhaskan untuk Pakatan Rakyat.

Setelah dilaporkan kepada pihak polis dan meminta mereka menunjukan PAS, Ketua Pemuda Batu Sapi merangkap AJK Pemuda UMNO Negeri Sabah, Khairul Firdaus Bin Akbar Khan dan seorang Pemuda UMNO, Malani January, tiba-tiba naik berang dengan memaki hamun dan mencabar orang awam dan wakil Pakatan Rakyat bertumbuk. Tetapi keadaan dapat dikawal dan wakil pakatan rakyat tidak melayan dan terpedaya atau terikut dengan budaya samseng Pemuda UMNO Batu Sapi.

Jika budaya samseng, biadap dan kurang ajar inilah hendak dipupuk, dididik dan diajar kepada Pemuda UMNO dan generasi muda seluruh Malaysia yang akan datang dan Pemimpin UMNO tidak dapat mengawal, mendidik dan menangani budaya samseng ini, saya percaya generasi yang akan datang ini dan jenayah di Malaysia akan bertambah kerana penjenayah akan bermula dari tabiat samseng.

Kami juga mendapati Ketua Pemuda Batu Sapi, Khairul Firdaus Bin Akbar Khan Mykad berbombor 830726125201 belum mendaftar sebagai pemilih berdaftar.

Bagaimanakah seorang Ketua Pemuda yang ingin menjadi pemimpin, contoh kepada masyarakat dan generasi muda tetapi tidak boleh mengawal emosi, tidak mempunyai iman, sopan santun, berbudi bahasa dan hormat menghormati dan tidak boleh mengunakan akal fikiran membezakan yang baik dan salah.

Adakah pemimpin jenis ini yang kita mahukan?

No comments:

Post a Comment