Monday 18 October 2010

KABEL BAWAH TANAH SESB TERKOREK LAGI



Oleh: CHENDRAMATA HJ SINTEH

KEJADIAN kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) terkorek kabel bawah tanah (underground cable) SESB di Jalan Silam semasa menjalankan kerja-kerja bagi projek jalan dua (2) hala Silam-Tawau sekali lagi telah merosakkan kabel SESB dan menjejaskan bekalan elektrik kepada lebih kurang 3,000 orang pengguna di sekitar Jalan Silam bermula pada jam 10.44 pagi kelmarin (17 Oktober 2010).

Kejadian ini juga merupakan kejadian kedua selepas 12 Oktober 2010 (Selasa) yang lalu ketika empat (4) kabel bawah tanah SESB telah mengalami kerosakan selepas kontraktor terkorek kabel tersebut.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan ini adalah kawasan sepanjang Jalan Silam, Taman Perdana dan juga kawasan sekitar.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 11.41 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, sebelum kerja-kerja ini dilaksanakan SESB telahpun membuat tindakan yang perlu seperti membuat lawatan tapak bersama pihak Suruhanjaya Tenaga (ST), JKR dan kontraktor yang terlibat serta membuat penanda (marking) lokasi kabel bawah tanah SESB dan seterusnya memaklumkan perkara ini kepada pihak yang terlibat.

Tindakan yang sama telah dibuat selepas insiden yang pertama berlaku. SESB akan sentiasa membuat pemantauan terhadap kerja-kerja yang dijalankan di lokasi kabel terbabit dan mengharapkan kontraktor berkenaan akan lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang kerana ia akan menjejaskan aktiviti harian masyarakat di kawasan yang terlibat.

(NOTA: Chendramata Hj Sinteh merupakan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Sabah Electricity Sdn Bhd)

No comments:

Post a Comment