Tuesday 12 October 2010

PERPADUAN BERAKAR JATI DI KALANGAN RAKYAT

KENANGAN.......kelihatan Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Jahid Jahim (tengah) sedang bergambar dengan sebahagian pengunjung rumah terbuka Hari Raya di Kampung Kota Tuaran.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KEHADIRAN hampir 800 penduduk pelbagai kaum di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan perpaduan Negara dan Integerasi Nasional (JPNIN) Sabah dengan kerjasama Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tuaran terasa meriah dengan kehadiran Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah,Datuk Jahid Jahim di penghujung majlis tersebut.

Majlis yang telah berlangsung di kediaman Pengerusi penganjurnya. Haji Ghulabdin Enjih yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Kampung Kota Tuaran dekat sini baru-baru ini mendapat sambutan di luar dugaan meskipun pada tarikh pilihan penganjur pada 10/10/10 menjadi pilihan ramai penduduk di daerah ini untuk mengadakan pelbagai program termasuklah Majlis Perkhawinan.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasionl (JPNIN) Sabah, Nurul Akmalina Shamsuddin ketika melakukan perasmian majlis tersebut berkata, penyertaan masyarakat pelbagai kaum dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri itu sewajarnya menjadi kebanggan kerana ianya menepati konsep kerja jabatan itu yang inginkan perpaduan yang telah lama terjalin di kalangan rakayat akan dapat diperkukuhkan lagi.

Katanya lagi, warga jabatan yang mempunyai tanggungjawab memastikan perpaduan terus berakar jati di kalangan rakyat, ingin terus berusaha agar pelbagai pendekatan dan pendidikan boleh menghasilkan modal insan yang lebih berkualiti di masa akan datang dapat direalisasikan.

Nurul Akmalina selanjutnya meminta semua Kawasan RT di daerah ini agar sentiasa menghargai sumbangan kerajaan yang bertujuan untuk memastikan rakyat tidak akan terpinggir dari arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini.

"Saya mengharapkan pemimpin tempatan termasuklah Wakil-wakil rakyat akan menyokong usaha semua KRT agar apa juga sumbangan yang diberikan mereka selaku pemimpin yang bertanggungjawab akan dapat dijayakan demi kebaikan pemimpin itu sendiri dalam memberikan pembelaan dan sumbangan khidmat kepada rakyat," katanya lagi.

Majlis rumah terbuka ini turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Dusin Gingging; Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Dzulzillah Kalon; Mantan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow; Bendahari Perhubungan MIC Sabah, Datuk Baisul Khan Salman Farish; Mantan Setiausaha Politik Menteri Kehakiman Malaysia, Maichel Ampuling; Pemimpin Masyarakat Tionghua Francis Soon; Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Ketua Kampung Kota Tuaran, Haji Daud Anjam; Ketua Kampung Seri Bayu Tuaran, Haji Ismail Setoh serta Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Tuaran terdiri daripada Haji Mohd Zain Datuk Dahlan, Marsah Muyong, Maarop Dullah dan Agustan Nanti

"Kami selaku tenaga kerja jabatan sememangnya inginkan majils yang bersejarah kepada anak-anak Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Perpaduan kerana dapat memberikan peluang kepada mereka mencuba bakat sesuai dengan harapan yang diletakkan kepada generasi ini untuk menjadi pemimpin negara di masa hadapan. Pembacaan Puisi,Tarian dan Persembahan Silap mata adalah petanda bahawa jika bakat anak-anak digilap dari kecil akan memberikan kemahiran berguna kepada diri mereka sendiri juga," kata Nurul Akmalina yang julung kali berkunjung ke Kampung Kota Tuaran sejak dilantik sebagai pengarah jabatan itu awal tahun ini.

Pengerusi Penganjur rumah terbuka yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih ketika memberikan ucapan menghargai kehadiran begitu ramai pengunjung yang membuktikan bahawa KRT di daerah ini mantap dengan kerjasama.

Sementara itu seramai 200 orang kanak-kanak TABIKA Daerah Tuaran serta kanak-kanak yang menghadiri majlis tersebut menerima sumbangan daripada JPNIN dan TABIKA dari seluruh Daerah Tuaran yang telah disampaikan sendiri oleh Nurul Akmalina.

Manakala cabutan tiket bertuah untuk mendapat hadiah utama sebuah basikal sumbangan peniaga tempatan, Haji Awang Puasa Jambul dan beberapa buah hamper sumbangan KRT seluruh daerah ini menjadi acara menarik di malis itu.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri itu bertambah lebih meriah apabila tetramu kehormatnya, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Tamparuli sudi menghiburkan hadirin dengan mendendangkan lagu yang berjodol ‘Masihkah Kau Ingat’.

No comments:

Post a Comment