Tuesday 12 October 2010

SILAKAN SAMAN, SAYA TIDAK AKAN MOHON MAAF!



Oleh: MUTALIB M.D

SEORANG Usahawan Bumiputera yang mendapat tahap perintis dan beberapa anugerah daripada Kerajaan Malaysia tetapi dianiaya SME Bank mencabar defendan memfailkan saman terhadapnya kerana beliau tidak akan memohon maaf berhubung kenyataannya di Sabahkini.net.

“Saya tidak akan mohon maaf walau mereka beri saya masa 100 tahun kerana saya berkata benar terhadap SME Bank yang ditunggang oleh Agen Yahudi untuk memufliskan semua bumiputera,” ujar Abdul Karim Ahmad, Pengurus Multi Inrich Sdn.Bhd kepada Sabahkini.net dan menyerahkan salinan notice of demand daripada peguam SME Bank.

Menurut kenyataan Karim dalam artikel ‘Bangladesh Lebih Prihatin Daripada Malaysia', SME Bank bertindak di luar batasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menyifatkan SME Bank sebagai ‘pembunuh’, ‘pemutus rezeki’, ‘mala fide’ dan agen asing untuk ‘memufliskan’ usahawan bumiputera yang selama ini diserahkan untuk dijaga dan dibantu SME Bank.

Dalam surat Notice of Demand daripada Tetuan Adam Abdullah & Mani, Dang Wangi Kuala Lumpur bil. AAM/934/2010 bertarikh 30 Ogos 2010, SME Bank mengarahkan Karim untuk menarik balik semua kenyataan memfitnah dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik SME Bank dan memohon maaf secara terbuka kerana membuat dakwaan serius terhadap mereka pada 3 September 2009 melalui artikel bertajuk: "Bangladesh Lebih Prihatin Daripada Malaysia'

“Notis 14 hari yang diberikan untuk memohon maaf sudah lama tamat. Sila saman. Saya bertegas tidak akan tarik balik semua kenyataan saya, malah akan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang kejalangan SME Bank kepada media,” tegas Karim yang memperlekehkan kenyataan palsu SME Bank yang mendakwa mereka telah mengeluarkan peruntukan lebih RM800 juta untuk mmebantu bumiputera di Sabah.

Kata Karim, pembohongan SME Bank begitu kerana bukan sahaja beliau menjadi mangsa, malah ramai lagi usahawan ‘dibunuh’ SME Bank secara terancang dan dirancang oleh pegawai SME Bank yang rasuah.

“Siapakah yang telah mendapat bantuan SME Bank? Berapa peratus usahawan bumiputera dan bukan bumiputera? Berapa usahawan bumiputera yang telah disembelih oleh SME Bank di Negeri Sabah dan berapa bukan bumiputera yang dianiaya SME Bank?” ujar Karim yang berniat untuk mengembalikan beberapa anugerah cemerlang yang diterima daripada Kerajaan Malaysia sebagai tanda protes terhadap tindakan di luar tabii SME Bank terhadap usahawan bumiputera.

Karim menempelak dakwaan di Utusan Malaysia kelmarin bahawa BANK Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad atau SME Bank memulakan perkhidmatan sebagai sebuah institusi kewangan bagi memupuk pembangunan industri kecil dan sederhana pada 3 Oktober 2005 dan menyifatkan semua dakwaan mereka pembohongan yang ketara untuk memulihkan imej mereka yang buruk di Sabah.

Tegas Karim, beliau tidak mempunyai masa untuk melayan karenah SME Bank yang cuba mengganggu tumpuannya terhadap kes saman yang beliau failkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menuntut kerugian RM35.8 juta daripada SME Bank.

No comments:

Post a Comment