Saturday 23 October 2010

WARKAH PENGUNDI BUAT DUA DOKTOR DAP



Saudara Pengarang,

APABILA terbaca satu artikel dalam Sabahkini.net bertajuk “Yong Teck Lee menghantui Pakatan Rakyat?” yang jalan cerita tersebut menghurai gelagat dua pemimpin DAP, Dr Hiew Keng Chew Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Dr Edwin Bosi bekas ahli Umno yang melompat ke PKR dan seterusnya ke DAP.

Kedua-dua pemimpin berkenaan tanpa henti-henti menyerang SAPP dan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee dengan pelbagai jolokkan antaranya konon SAPP adalah sinonim dengan gelaran ‘Mosquitonet party’ kerana saiznya yang kecil jika dibandingkan dengan DAP yang besar dan bertaraf nasional.

Saya ingin bertanya berapa besarkah saiz DAP yang diagung-agungkan Dr Hiew dan Bosi sehingga sanggup menghina dan mencerca rakan sealiran dalam pembangkang seperti SAPP?

Wahai Hiew dan Bosi, berpijaklah di bumi yang nyata dan jangan sekali-kali menggoncang dunia dengan seruan yang salah, akibatnya ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri dan jika itu terjadi alangkah malunya.

Walaupun SAPP, mungkin pada perkiraan Hiew dan Bosi sebuah parti kecil di Sabah namun ia diasaskan sendiri oleh rakan-rakan Yong sebagai anak watan Sabah yang prihatin akan masalah Sabah lalu bingkas bangun menggunakan kenderaan sendiri, ‘Perti Maju Sabah’ (SAPP) memperjuangkan hak asasi rakyat Sabah, daripada Hiew dan Bosi yang terpaksa menumpang dengan parti Semenanjung kerana ketidak upayaan menubuh parti sendiri di Sabah.

Sebagai peringatan kepada Dr Hiew dan Bosi, janganlah mengharap sangat populariti DAP di Sabah akan berterusan untuk selama-lamanya kerana sebelum ini jenama DAP hanya digunakan oleh segelintir pemimpin politik di Sabah sebagai tempat persinggahan yang lebih dikenali ‘Transit Point’ tetapi selepas beberapa ketika DAP hilang dari ingatan rakyat Sabah kerana bukan ‘Local Made Party’ sebaliknya milik rakan-rakan kita di Semenanjung.

Kami anak watan di Sandakan sebenarnya tidak sedikitpun berminat dengan kemunculan DAP di PRK Parlimen Batu Sapi, lebih-lebih lagi kemunculan dua pemimpin yang tidak diundang, Hiew dan Bosi. Kami lebih senang berkawan dengan PKR dan PAS kerana kesederhanaan para pemimpin mereka, namun atas sifat rakan dalam pembangkang kami tidak mengganggu DAP sebelum ini. Tetapi kini, dengan kelibat kotor DAP itu, kami tidak akan bertolak ansur.

DAP diasaskan oleh beberapa pemimpin utama Semenanjung seperti Lim Kit Siang, Dr Chen Man Hin, Karpal Singh, Dr Tan Seng Giaw dan seterusnya disokong oleh beberapa muka baru di Semenanjung. Hiew dan Bosi merupakan pemimpin wilayah Sabah sekitar tahun 1990-an yang sekadar menjadi penumpang kepada kenderaan DAP yang sudah uzur.

Umum telah tahu bahawa tidak ada apa-apa perkara yang boleh dibanggakan sangat oleh DAP Hiew dan Bosi di Sabah selain membuka lembaran baru dalam penerokaan baru dalam arena politik di Sabah untuk mencapai kejayaan dan kemenangan pada PRU 13 kelak.

Carilah kaedah yang lebih baik dan relevan untuk mengukuhkan PR dalam siap siaganya untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN yang merangkumi kerjasama yang erat daripada SAPP yang lebih berpengalaman dan disenangi rakyat di Sabah berbanding pemilik janggut setompok didagu, Hiew dan muka mabuk bahar Bosi.

SALAM KEDAMAIAN UNTUK RAKYAT!

BEN LEO

Taman Mawar Sandakan.

No comments:

Post a Comment