Tuesday 10 January 2012

BEBERAPA PROJEK LUAR BANDAR LEPASI SASARAN



BEBERAPA projek pembangunan yang khusus dan membabitkan masyarakat luar bandar telah melepasi sasaran ditetapkan tahun lalu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie berkata antara program ialah jalan luar bandar (JALB) sepanjang 997 km telah siap dilaksanakan sehingga hujung tahun lalu di seluruh negara walaupun sasarannya ialah 905.15km.

Dari jumlah itu, 406.38km membabitkan pembinaan di Semenanjung, 367.67km di Sabah dan 222.95km di Sarawak.

Manakala sebanyak 72,406 buah rumah telah disambungkan dengan kemudahan bekalan air iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan (58,087 buah rumah) merangkumi 35,195 buah rumah di Semenanjung, 19,159 buah rumah di Sabah dan 18,052 buah rumah di Sarawak, katanya.

"Sebanyak 26,956 buah rumah di seluruh negara pula telah mendapat faedah bekalan elektrik iaitu sebanyak 14,123 buah rumah di Sarawak, 7,946 buah rumah di Sabah dan 4,887 buah rumah di Semenanjung.

"Selain itu sejumlah 14,365 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah telah siap dibina dan dibaik pulih walaupun sasaran awal ialah 9,146 buah rumah.

"Ia merangkumi 7,418 buah rumah di Semenanjung, 3,963 di Sarawak dan 2,984 buah rumah di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian itu akan terus memainkan peranan penting dalam memberi kemudahan dan infrastruktur yang baik di seluruh negara bagi memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan.

Katanya kementerian itu juga mensasarkan membuka 1,000 lagi tabika KEMAS tahun ini di seluruh negara memandangkan bilangan kanak-kanak untuk mengikuti pengajian pra-sekolah terus meningkat.

Menurutnya beberapa pusat Transformasi Luar Bandar akan diwujudkan untuk menyelaras semua program daripada pelbagai agensi termasuk organisasi pembangunan usahawan.

"RTC yang pertama iaitu di Gopeng telah memulakan perkhidmatan dan insyallah akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib pada 18 Feb nanti," katanya. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Diharapkan lebih banyak rumah luar bandar akan berjaya dibaik pulih supaya rakyat boleh menikmati kehidupan yang lebih senang nanti.

    ReplyDelete
  2. Cawangan Tabika Kemas juga baguslah jika ada, supaya boleh meningkatkan tahap pendidikan awal untuk anak-anak kecil.

    ReplyDelete
  3. mudah-muadahan pembangunan luar bandar bagi tahun ini akan meningkat berbanding dengan tahun yang sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. diharapkan sergala usaha-usaha pembangunan ini dapat berjalan lancar: iaitu ia akan siap pada tarihk yang ditetapkan serta tidak mengalami sebarang gangguan yang akan melambatkan projek-projek tersebut.

    ReplyDelete
  5. Ini adalah berita positif. Mungkin masih ada lagi tempat2 yangbelum dimajukan. Harap kementerian ambil perhatian juga.

    ReplyDelete
  6. bagaimanapun, pembangunan haris lebih byk dilakukan terutama kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  7. kawasan luar bandar di Sabah lebih dari separuh kawasan Sabah. saya rasa peruntukan untuk setahun masih belum cukup untuk memenuhi kemudahan asas mereka termasuk jalan raya, air dan bekalan elektrik. tapi yang penting, kerajan akan sentiasa menjalankan pembangunan secara berterusan agar lama kelamaan kawasan luar bandar ini dapat dimajukan.

    ReplyDelete
  8. perihal isu2 mengenai projek2 luar bandar, harap2 tiada lagi timbul isu panas seperti penyelewengan dan ketirisan. kita mahu 100% peruntukan itu sampai kepada rakyat.

    ReplyDelete
  9. teruskan usaha membantu kawasan luar bandar dengan kemudahan asas seperti jalan raya dan sumber ari bersih.

    ReplyDelete
  10. Memang kawasan luar bandar perlu diberikan tumpuan untuk memastikan penduduk luar bandar juga menikmati kemudahan yang dirasai oleh penduduk dikawasan bandar.

    ReplyDelete
  11. projek2 yang telah dirancang harus dilaksankan dengan jayanya. penduduk2 kampung akan menilai semua ni pada PRU13

    ReplyDelete
  12. Sabah dan sarawak patut menikmati lebih banyak pembangunan berbanding dengan semenanjung Malaysia terutamanya berkenaan dengan jalan raya..

    ReplyDelete
  13. apa2pun saya harap tahun ini dengan adanya peruntukkan yang besar dari kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kita akan dapat menyaksikan perubahan yang lebih besar di Sabah..

    ReplyDelete