Thursday 5 January 2012

ISU LIWAT HANGAT DI LAHAD DATU?



Oleh : MOHD AZMI KASSIM

MENJELANG keputusan penghakiman Kes Liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Januari 2012, pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat untuk menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati berhubung kes berkenaan.

Sehelai pemidang yang dipasang di tepi Bulatan Lapangan Terbang Lahad Datu berbunyi “LIWAT. Nabi tidak mengaku umat, tidak layak jadi pemimpin” telah mengejutkan semua pengguna lalu lintas dan orang ramai.

Namun kain pemidang berkenaan telah diturunkan oleh pihak tidak dikenali, apata lagi tidak mendapat kebenaran Majlis Daerah Lahad Datu.

Dipercayai kain pemidang berkenaan dibuat dan dipasang oleh pihak tertentu yang ingin turut memeriahkan lagi penantian penuh debar berhubung keputusan kes berkenaan setelah Anwar diberi peluang membela diri.

“Tidak ada salahnya kain pemidang itu. Kenapa dikasi turun?,” ujar seorang peniaga, Muhammad Akhir Karzim yang menyifatkan kata-kata di kain pemidang berkenaan hanya peringatan bagi umat Islam.

12 comments:

  1. Kita hanya boleh tunggu keputusan muktamad daripada pihak mahkamah.

    ReplyDelete
  2. Harap kes ini akan mendapat keadilan daripada hakim yang ditugaskan.

    ReplyDelete
  3. Pemidang ini seperti mempunyai dua maksud. Untuk memberi peringatan, juga berunsurkan politik.

    ReplyDelete
  4. keputusan kes liwat akan diketahui tak lama lagi, pasti ramai menantikan keputusannya.

    ReplyDelete
  5. Kes ini terlalu lama. Maka kita harap kes ini akan selesai dan mendapat keputusan pada 9 Jan ini nanti.

    ReplyDelete
  6. mesej itu khas untuk Anwar.. tapi sebaik2nya tidak perlulah buat kain rentang.. sendiri mau fikir la..

    ReplyDelete
  7. sebagai insan yang bercita2 mahu jadi pemimpin negara, Anwar patut menasihatkan penyokong2 beliau agar tidak melakukan demonstrasi semata2 mahu membebaskan beliau sekaligus menafikan kewibawaan mahkamah yang mengendalikan kes beliau..

    ReplyDelete
  8. harap semua sentiasa bertindak rasional dalam melakukan sebarang pekara.

    ReplyDelete
  9. berkenaan kes Anwar pula, tunggu sajalah sehingga keputusan dibuat untuk mengetahui kesudahannya.

    ReplyDelete
  10. Tidak payahlah buang masa bekumpul. sah2 kena masuk penjara tu. berkumpul buat apa? minta simpati dengan hakim??

    ReplyDelete
  11. Dengar2, ada penyokong upahan. kena bayar RM1,000 seorang.

    ReplyDelete
  12. inilah tindakan mereka yang tidak menyokong Anwar. tidak perlulah perbesar2kan isu ni seperti di SM.

    ReplyDelete