Friday 6 January 2012

JEFFREY IBARAT LILIN MEMBAKAR DIRI



Oleh: SYARIF THARMIZI

PERJUANGAN Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang tidak mengenal erti jemu dan bosan akhirnya berjaya memperolehi landasan baru, Parti STAR untuk meneruskan perjuangan beliau yang akan dilancarkan hari ini, 6 Januari 2011 bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang yang akan dihadiri lebih lima ribu penyokong parti dan pemerhati.

Selepas Jeffrey meninggalkan banyak parti yang pernah disertainya sebelum ini, yang terakhir adalah sebuah parti pembangkang yang kuat, khususnya PKR membuatkan pelbagai andaian negatif. Malah beberapa jolokan dilabelkan terhadap beliau kerana kononnya perjuangan Jeffrey tidak mempunyai halatuju, ‘katak’ dan sebagainya; namun hakikatnya, ramai yang tidak mengetahui realiti di sebalik tindakannya itu.

Sesungguhnya Jeffrey sedar tindakannya tidak disenangi rakyat Sabah, tetapi Jeffrey tidak mahu membuang masa yang banyak untuk melayani kekalutan fikiran mereka hanya kerana tidak faham kelibatnya yang sering berpindah parti; namun harapan beliau bahawa suatu masa nanti atau lambat laun mereka akan tahu dengan sendirinya mengapa beliau terpaksa berbuat sedemikian.

Dalam hati kecil Jeffrey, kekadang terpaksa juga di luahkan demi desakan penyokongnya, tetapi dalam masa yang begitu singkat Jeffrey sekadar berkata;

”Untuk mencapai misi perjuangan, tidak mungkin mengharap atau menumpang sesebuah parti untuk sampai ke destinasi perjuangan kerana dasar menumpang kita kena ikut rentak dan halatujunya melainkan kita sendiri yang menerajuinya.”

Dasar perjuangan Jeffrey yang tidak suka mengalah atau tunduk kepada telunjuk atau kemahuan pihak lawan sehingga seluruh tenaganya, termasuk fizikal ditumpu dan dikerahkan seratus peratus untuk memperjuangkan hak asasi rakyat sehinggalah beliau pernah merengkok dalam tahanan ISA selama lebih dua tahun hanya kerana memperjuangkan 20 Perkara sebagai asas Perjanjian Pembentukan Malaysia yang telah dicabuli kerajaan Persekutuan.

Pelbagai lapisan rakyat Sabah, terutamanya para cendikiawan turut bangkit berjuang di alaf baru memberi sokongan padu di atas kelahiran Parti STAR, atas daya usaha Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang sanggup berkongsi idea dengan pemimpin STAR Sarawak dalam memperkasakan misi dan visi perjuangan parti itu untuk menolak jolokan ‘Fixed Deposit’ tajaan Kuala Lumpur; akan berkumandang sekali lagi di Wilayah Borneo pada PRU-13.

Slogan, “Ini kali lah!, Kamon oyo, tumbang barisih, Sanggilan poyoh dan Agi idup agi ngalaban” menjadikan perangsang dan semangat baru perjuangan pembangkang tempatan untuk menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

Masa depan perjuangan untuk membela hak asasi rakyat Sabah dan Sarawak termasuk mengkaji semula kandungan 20 Perkara di Sabah dan 18 Perkara di Sarawak terus bergantung penuh kepada kesanggupan rakyat jelata untuk memberi sokongan kepada pembangkang bagi menumbangkan regim UMNO-BN pada PRU13.

Jika tidak atau gagalnya misi ini kerana kegagalan rakyat menyokong pembangkang, maka rakyat akan terus menderita sepanjang zaman. Siapa Lagi Kalau Bukan Kita, Bila Lagi Kalau Bukan Sekarang!

12 comments:

  1. Bagaimana dengan UBF pula, adakah Jeffrey akan melepaskan UBF untuk berpolitik bersama Star?

    ReplyDelete
  2. Harap hak Sabah seperti Perjanjian 20 Perkara ini akan diperjuangkan.

    ReplyDelete
  3. Diharap JK komited dengan perjuangan beliau kali ini dan tidak berhenti separuh jalan. Rakyat pun tahu sejarah JK yang suka lompat parti.

    ReplyDelete
  4. Sukar membaca fikiran pemimpin lulusan Harvard ini.

    ReplyDelete
  5. perjungan jeffrey sering berubah-ubah, tindakan ini akan menyebabkan rakyat ragu dgn perjuangan jeffrey.

    ReplyDelete
  6. jeffrey perlu ada pendirian dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  7. JK mempunyai pengalaman yang sangat banyak dalam politik. Namun sehingga sekarang beliau belum mengecapi kejayaan yang terbaik untuk memperjuangkan hak penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  8. Penduduk Sabah seharusnya menilai dengan teliti perkara sebegini. Jangan hanya mudah terpedaya dengan kata-kata namun perlu menilai sendiri kebolehan seseorang itu untuk dipilih.

    ReplyDelete
  9. kenapa perlu alihkan kegagalan pembangkang membentuk kerajaan sebagai kegagalan rakyat?? jika pembangkang gagal, bermakna usaha pembangkang dalam meyakinkan rakyat terhadap agenda perjuangan mereka tidak berkesan.. bukankah lebih baik jika kegagalan itu dipikul sendiri oleh parti sekaligus merancang pembaharuan atau penambahbaikkan?? bukannya ambil jalan mudah dengan menyalahkan rakyat..

    ReplyDelete
  10. saya harap kewujudan Pakatan Borneo Bersatu dan STAR Sabah adalah gerakan terakhir Jeffrey.. selepas ini jangan lagi lompat ke mana2 parti sekiranya masih gagal merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  11. Saya teruja mahu tengok perkembangan STAR, sejauh mana boleh pergi.

    ReplyDelete
  12. kenapa parti baru tumbuh pada hampir2 PRU13

    ReplyDelete