Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR
PEMUDA PAS Sabah hari ini menganggap bahawa pergolakan dalaman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai badai yang bakal meruntuhkan tampuk kekuasaan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Ketuanya, Lahirul latigu berkata, desas-desus tindakan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut bakal menyaksikan pertikaian dan pergolakan dalaman seumpama yang dialami parti perkauman itu.
“PAS percaya, walaupun ditangkis tohmahan kita oleh pegawainya. Ini satu bentuk serangan dalaman yang dilakukan Lajim dan para penyokongnya. Ada signifikan bahawa kedua-dua belah pihak ini tidak sehaluan dan sependapat,” ujarnya.
Katanya, pertikaman lidah dan kegusaran pemimpin atasan dan bawahan UMNO/ BN sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ahli Jawatankuasa UMNO Beaufort, Ibrahim Salim dan Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Jumat Idris juga sudah menunjukkan bahawa berlakunya ketidaksefahaman antara pimpinan bahagian dan negeri tersebut.
“Jumat sudah minta Lajim menyatakan pendirian dan meletak jawatan politik. Sudah tunjukkan kepada kita bahawa mereka ini ada kepentingan politik tertentu yang menambah bebanan UMNO/ BN,” dakwanya yang pada Selasa lalu, Ketua UMNO Sepanggar itu meminta Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan dari jawatan politik dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menurut Lahirul, kesan daripada PRU-12 lalu juga telah menyaksikan beberapa tindakan luar jangka beberapa Ahli Parlimen terutama Sabah yang dikatakan turut akan melompat keluar dari paksi UMNO/ BN.
"Selepas PRU ke-12, ramai Ahli Parlimen telah hilang kepercayaan kepada BN. Tindakan drastik beberapa Ahli Parlimen ini sedikit sebanyak menganggu gugat kedudukan Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan bermasalah,” dakwa Lahirul.
Beliau memaklumkan bahawa, walaupun tiada perubahan pucuk kepimpinan negeri pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar.
“Kita percaya bahawa ada beberapa tindakan yang dibuat Musa Aman ketika ini tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam politik.
“Barangkali ada usaha pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Musa,” dakwanya sambil merujuk kepada apa yang berlaku salah seorang Ahli Parlimen yang senyap setelah ditawarkan Menteri sebagai cengkaman politik yang memeningkan kepala UMNO/ BN.
Jangan terlalu sibuk mencari kelemahan parti lain sehinggakan kelemahan parti sendiri pelru lebih perhatian.
ReplyDeletePAS juga masih lemah, janganlah terlalu menumpukan perhatian pada kelemahan pihak lain sehingga lupakan kelemahan diri.
ReplyDeleteBiarlah Lajim menyatakan pendiriannya terlebih dahulu minggu depan.
ReplyDeletesemua ini hnylah kabar angin, tak perlu nak terpengaruh dgn kabar2 seperti ini.
ReplyDeletekita tggu penjelasan dari Lajim.
ReplyDeletePergolakan itu cuma datang dari pembangkang sendiri. Sebaliknya BN Sabah masih dalam keadaan yang stabil dan terkawal berbanding kenyataan parti PAS itu.
ReplyDeletesebenarnya PAS yang lemah dan tidak mendapat di hati rakyat Sabah.
ReplyDeletepas sepatutnya menjaga parti sendiri dan bukan mengambiltahu hal parti lain.
ReplyDeletePAS Sabah semakin terkubur, dengan menunjukan sokongan kepada kabar angin Lajim tu. Bolehlah dia jemput2 Lajim masuk PAS.
ReplyDeletetidak ada apapun yang bergolak dalam kepimpinan BN Sabah melainkan semua itu datang daripada pembangkang.. Lajim sendiri mengatakan bahawa beliau masih menyokong sepenuhnya kerajaan hari ini..
ReplyDeleteisu ini lebih kurang sama dengan isu sebelum ini dimana Bumburing dikatakan akan meninggalkan BN sedangkan semua itu telah terbukti fitnah semata2.. adakah strategi Pakatan sekarang lebih kepada memecahbelahkan parti lawan daripada turun menyelesaikan masalah rakyat???
ReplyDeletemereka yang tidak berpuas hati atau merasa tergugat dengan kepimpinan seseorang pemimpin akan berusaha untuk menjatuhkannya.
ReplyDeleteLajim penipu besar!!
ReplyDeleteGuna anak angkat utk mnaikan darjat sndiri..
Kasi kawin anak angkat sndiri dgn kturunan datuk musa aman waktu bliau hmpir jatuh dari politik,hnya utk mmastikan bliau masi ada tmpt dlm politik@jawatan..
Lpas dpt jawatan balik@kna tolong,anak dia buat hal dan bcerai dgn kluarga dtk musa aman kmudian kawin lg dgn kturunan pngiran dari sandakan yg dmana mreka bkerjasama utk mjatuhkan musa aman..tdk tahu bsyukur!!pnipu bsar!!jual anak prempuan sndiri utk mdpt tmpat dlm politik!!!ini kbenaran!
hmm..benarkah ni?
Delete